Detroit Tigers merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Detroit. Tigers bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) Central. Tigers merupakan salah satu daripada lapan pasukan asal AL dan ia ditubuhkan di Detroit sebagai anggota Western League pada tahun 1894. Tigers merupakan satu-satunya pasukan Western League yang masih berpusat di bandar asalnya. Pasukan ini juga masih menggunakan nama sama yang bertahan lama.[6]
Sejak penubuhannya sebagai pasukan Major League pada tahun 1901, Tigers telah menjuarai empat kejuaraan Siri Dunia (1935, 1945, 1968 dan 1984), 11 kejuaraan pennant AL (1907, 1908, 1909, 1934, 1935, 1940, 1945, 1968, 1984, 2006, 2012) dan empat kejuaraan divisyen AL Central (2011, 2012, 2013 dan 2014). Tigers juga menjuarai gelaran divisyen pada tahun 1972, 1984 dan 1987 sebagai anggota AL East. Sejak tahun 2000, Tigers telah beraksi di gelanggang Comerica Park.
Tigers membina Bennett Park yang terletak di barat Downtown Detroit dan mula beraksi di sana pada tahun 1896. Pada tahun 1912, pasukan ini berpindah ke Navin Field, yang dibina di tapak lokasi yang sama. Stadium ini telah diperluaskan pada tahun 1938 dan dinamakan semula sebagai Briggs Stadium. Ia dinamakan lagi kepada Tiger Stadium pada 1961 dan Tigers kekal bermain di sana sehingga tahun 1999.
Dari tahun 1901 sehingga 2022, rekod menang-kalah Tigers secara keseluruhannya ialah 9,512–9,407.[7] Peratus kemenangan terbaik yang pernah dilakar pasukan ini ialah pada catatan .656 pada 1934 sementara rekod terburuk pula ialah pada tahun 2003 iaitu dengan catatan .265.
Sejarah
Tigers telah ditubuhkan pada tahun 1894 sebagai pasukan minor league dan beraksi bersama pasukan-pasukan lama yang kemudiannya menjadi Chicago White Sox, Cleveland Indians dan Baltimore Orioles di Western League (Tigers merupakan satu-satunya pasukan dari Western League yang masih kekal di bandar sama). Western League dinamakan semula menjadi American League pada 1900 dan diangkat status ke Major League pada tahun 1901. Pasukan Tigers di peringkat awal bukan sebuah pasukan yang cemerlang sehingga Detroit membawa masuk outfielderTy Cobb, salah seorang pemain besbol terhebat sepanjang zaman pada 1905. Dalam musim ketiga beliau bersama pasukan, Cobb membawa pasukannya meraih kejuaraan pennant sulung dan beraksi di Siri Dunia sebelum kalah kepada Chicago Cubs. Tigers kembali ke Siri Dunia buat dua musim berikutnya tetapi kesemuanya berakhir dengan kekalahan.
Tigers mempamerkan sedikit kemerosotan di AL pada 1910 apabila menduduki tempat ketiga. Pada tahun 1912, pasukan ini beraksi dalam perlawanan sulung mereka di Navin Field (kemudian dikenali sebagai Tiger Stadium), yang terus menjadi gelanggang utama pasukan selama 88 musim dan menjadi salah sebuah stadium yang paling dihormati. Stadium baru ini bukan satu jaminan kejayaan tetapi Tigers tidak menduduki tempat teratas AL sehingga tahun 1934. Pada musim itu, Tigers yang dibarisi pemain seperti Mickey Cochrane, first basemanHank Greenberg, dan second basemanCharlie Gehringer (semua pemain Dewan Kemahsyuran) membantu Tigers mara ke Siri Dunia tetapi rentak kecemerlangan pasukan malangnya menemui titik noktahnya apabila Detroit kecundang kepada St. Louis Cardinals. Pada tahun 1935, Detroit kembali ke Siri Dunia dan akhirnya meraih kejuaraan sulungnya selepas menumbangkan Cubs. Tigers terus meraih kejuaraan Siri Dunia pada 1945 tetapi menjelang era 1950-an, pasukan ini dapat menduduki posisi lebih daripada tempat keempat divisyen hanya sekali sahaja.
Sorotan utama pada 1950-an berlaku pada tahun 1953 apabila Tigers menandatangani pemain baru berusia 18 tahun, Al Kaline yang merupakan pemain outfielder kekal selama 22 pasukan di Detroit dan memperoleh gelaran “Mr. Tiger.” Detroit menyamai rekod pasukan dengan meraih 101 kemenangan pada 1961 tetapi menduduki tempat kedua di AL di belakang pasukan dominan New York Yankees. Pada tahun 1968, Tigers menampilkan pitcher Denny McLain (pemenang Anugerah Cy Young dan meraih kemenangan 31 perlawanan, jumlah kemenangan pitcher tertinggi di besbol sejak 1931]] dan Mickey Lolich serta diperkuatkan dengan Kaline, Norm Cash dan Willie Horton. Pasukan ini meraih 103 kemenangan dan berjaya merangkul kejuaraan AL sebelum mengalahkan Cardinals di Siri Dunia.
Selain penampilan pasukan di AL Championship Series (ALCS) pada 1972, pasukan Tigers pada era 1970-an agak sederhana walaupun mereka memiliki pitcher rookie Mark (“The Bird”) Fidrych yang pernah menjadi sensasi media di seluruh negara buat masa seketika pada tahun 1976. Pada tahun 1979, Detroit mengambil Sparky Anderson sebagai pengurus dan kendaliannya membawa pasukan kembali ke kemuncak AL dan meraih kejuaraan Siri Dunia pada 1984. Pasukan berbakat yang terdiri daripada pitcher Jack Morris dan shortstopAlan Trammell membantu pasukan megah di tempat teratas divisyen. Rentak cemerlang ini kekal sehingga tahun 1989 apabila Tigers mengalami kemerosotan mendadak dengan menghuni tempat terakhir di AL. Detroit terus beraksi dengan hambar sepanjang dua dekad berikutnya termasuk menghasilkan rekod 119 kekalahan di AL pada tahun 2003.
Pada tahun 2006, Tigers yang terdiri daripada pemain veteran seperti catcherIvan Rodriguez dan bintang pemain muda Justin Verlander menggelora pasukan menuju ke puncak Siri Dunia yang tamat dengan kekalahan kepada Cardinals. Pasukan ini kembali ke postaseaon pada 2011 tetapi tewas kepada Texas Rangers di ALCS. Pada tahun 2012, Tigers sekali lagi layak ke playoff dengan meraih gelaran AL Central hasil pemain hebat third basemanMiguel Cabrera. Beliau juga mengetuai purata pukulan, home run dan run batted in (RBI) sekali gus melayakkan beliau untuk meraih Triple Crown pertama dalam masa 45 tahun. Di ALCS, Tigers menyingkirkan New York Yankees untuk layak ke Siri Dunia sebelum mereka akur akan keunggulan San Francisco Giants. Tigers terus beraksi permainan cemerlang di kempen musim selama dua tahun berikutnya dengan meraih gelaran divisyen pada tahun 2014, yang juga menjadi rekod pasukan untuk pencapaian keempat berturut-turut. Walau bagaimanapun, persembahan hambar di playoff untuk musim-musim tersebut tidak dapat memberi kejayaan selanjutnya untuk pasukan.
Pasukan ini gagal layak ke playoff selama tiga tahun berturut-turut dan menjual Verlander pada tahun 2017. Pada tahun yang sama, Detroit menghasilkan rekod buruk di liga iaitu 64–98. Tigers terus merosot apabila menghasilkan 114 kekalahan pada 2019. Pasukan ini mempamerkan sedikit peningkatan pada 2020 dan 2021 tetapi tetap gagal layak ke playoff untuk kedua-dua musim tersebut.
Nota
^Dikenali sebagai Navin Field dari 1912 sehingga 1937 dan Briggs Stadium dari 1938 sehingga 1960.
^Tigers beraksi di Burns Park pada hari Ahad ketiak musim 1901 dan 1902.
Catatan
^Beck, Jason (May 7, 2020). "'Never saw them again': Tale of Tigers' blue jersey". Tigers.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada May 17, 2020. They also had blue jerseys for batting practice at home starting in 1994. Those didn't have numbers on the front, but they had orange, white and blue striping on the top, as well as the Tiger walking through the Olde English D on the front.
^Beck, Jason (February 9, 2016). "Tigers will don navy blue jerseys this spring". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada February 11, 2019. Much like Tigers caps during the regular season, the navy jerseys will feature white trim for lettering and numbers for home games, and orange for the road games.