Derhaka Cinta Jebat |
---|
Genre | |
---|
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Derhaka Cinta Jebat karya Cik Tet |
---|
Ditulis oleh | Syed Mohaamaad Taufik Syed Abdul |
---|
Pengarah | Ejump Mohd |
---|
Dibintangi oleh | |
---|
Lagu pembukaan | "Yang Benar" - Floor 88 |
---|
Lagu penutup | "Yang Benar" - Floor 88 |
---|
Negara asal | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Bilangan episod | 26 |
---|
|
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
---|
Penerbit | |
---|
Tempoh siaran | 45 minit |
---|
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading Sdn Bhd |
---|
|
Saluran asal | TV1 (Slot Widuri) |
---|
Format gambar | 1080i (HDTV) |
---|
Format audio | Dolby Digital |
---|
Siaran asal | 3 Januari 2022 – 15 Februari 2022 |
---|
|
Mengikuti | Maryam Eliana |
---|
Diikuti oleh | Nurlaila |
---|
Derhaka Cinta Jebat merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Ejump Mohd di bintangi oleh Azlee Khairi, Elvina Mohamad dan Ikmal Amry. [1]
Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 bermula 3 Januari 2022 menggantikan Maryam Eliana.[2]
Sinopsis
Semua berpunca kerana rasa dendam, salah faham dan ditambah pula dengan ego yang tinggi melangit, sanggup Jebat Zulkarnain menzalimi Aisyah Humaira isterinya sendiri. Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar.
Tanpa usul periksa teganya Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia berkasihan dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya. Aisyah benar-benar kecewa. Jebat mendustai cintanya. Dia dinikahi Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu.
Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka. Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?
Pelakon
Rujukan