Denso Corporation (株式会社デンソー, Kabushiki-Gaisha Densō) merupakan pengilang komponen automotif beribupejabat di Kariya, Wilayah Aichi, Jepun.[3]
Selepas bebas dari Toyota Motors, Nippon Denso Co. Ltd. (日本電装株式会社, Nippon Densō Kabushiki-Gaisha), nama lama Denso, diasaskan pada 1949. Kira-kira 25% syarikat ini dimiliki oleh Toyota Motor.[4] Meskipun menjadi sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Toyota, berakhir setakat Mac 2016, jualan untuk akaun Kumpulan Toyota lebih kurang 50% jumlah hasil (44% hasil berasal dari pengilang kereta lain di Jepun, Jerman, A.S. dan China).[5] Pasa masa kini, Denso menjadi pembekal bahagian auto kedua terbesar di dunia.[6]
Setakat 2016, Denso Corporation terdiri daripada 189 anak syarikat (63 di Jepun, 34 di Amerika, 34 di Eropah dan 58 di Asia/Oceania) dengan jumlah sebayaj 151,775 pekerja.[7] Syarikat ini terus meningkatkan struktur pengeluaran globalnya dengan menubuhkan kompleks perkilangan di India, Mexico dan Indonesia untuk menampung permintaan dunia lebih lanjut untuk produk mereka.[8] Pada 2013 Denso disenaraikan di #242 dalam senarai Fortune Global 500 dengan jumlah hasil sebanyak $43.1 bilion.[9]
Rujukan
Pautan luar