McDonough dilahirkan pada 2 Disember 1969 di Stillwater, Minnesota.[2] Beliau ialah salah satu daripada sebelas anak Kathleen Marie (O'Mahony) dan William Joseph McDonough.[3][4] Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga KatolikIreland yang taat. Datuk dan neneknya telah berhijrah dari Connemara Gaeltacht di Ireland.[5][6]
Pendidikan
McDonough melanjutkan pelajaran di Universiti Saint John di Collegeville, Minnesota.[7] Beliau berkelulusan Universiti Georgetown's Edmund A. Walsh School of Foreign Service dengan ijazah MSFS pada tahun 1996.[8]
Pada 20 Oktober 2010, Presiden Barack Obama mengumumkan bahawa McDonough akan menggantikan Thomas E. Donilon sebagai Timbalan Penasihat Keselamatan Negara yang telah dinaikkan pangkat untuk menggantikan Jeneral James L. Jones sebagai Penasihat Keselamatan Negara.[10] McDonough dilihat dalam sekeping foto Bilik Situasi Rumah Putih yang diambil semasa pemantauan operasi SEAL di Pakistan yang membunuh Osama bin Laden pada Mei 2011.[11]
Pada 20 Januari 2013, pada awal penggal kedua, Obama melantik McDonough sebagai Ketua Staf beliau. Pada bulan Februari 2013 McDonough mendesak penggubal undang-undang untuk segera mengesahkan Chuck Hagel dan John O. Brennan ke jawatan mereka dalam pasukan keselamatan negara Obama, menyatakan "keprihatinan serius" mengenai penundaan itu.
Setiausaha Veteran
Presiden Joe Biden dilaporkan telah memilih McDonough untuk memimpin Jabatan Hal Ehwal Veteran.[12] Pada 8 Februari 2021, Senat AS mengesahkan pencalonan McDonough dengan 87 senator menyokong dan 7 senator menentang. McDonough ialah individu bukan veteran yang kedua memegang jawatan ini.[13]
Kehidupan peribadi
McDonough berkahwin dengan Karin Hillstrom.[6] Mereka mempunyai tiga orang anak.[6]