Dekatnya Cinta ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 2021 arahan Feroz Kader dengan cerita asal oleh Aisya Sofea dan skrip oleh PGRS Team.[1] Dibintangi oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, filem ini merupakan kesinambungan kepada drama Adam & Hawa (2012) dan ditayangkan pada 13 Mei 2021 di Astro First.[2][3]
Sinopsis
Mengisahkan tentang pasangan suami isteri Adam Mukriz dan Ain Hawani hidup bahagia sehinggalah hadir orang ketiga, Zulaika (Farah Nabilah). Adam Mukriz mula beralih arah kerana Ain Hawani tidak dapat memberi tumpuan pada keluarga disebabkan sibuk dengan kerjaya dan menyambung pengajian. Keadaan bertambah rumit apabila Adam Mukriz ternampak Ain Hawani menerima sejambak bunga bersama Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob). Diselubungi rasa marah dan cemburu, Adam Mukriz telah melafazkan cerai. Bermulalah perjalanan hidup baru buat mereka berdua dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.
Kini, Adam Mukhriz dan Ain mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba diuji. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Akhirnya Adam melafazkan talak. Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Ain cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar. Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.
Pelakon
Penerbitan dan keluaran
Penggambaran filem ini dijalankan pada 2017.[4] Untuk Dekatnya Cinta, Feroz Kader kembali menggalas tanggungjawab sebagai pengarah. Beberapa adegan dalam Adam & Hawa juga dimuatkan untuk mengimas semula kisah percintaan dua watak utama.[2][5][6] Ini merupakan gandingan pertama Aaron dan Nadiya dalam tempoh 8 tahun sejak kali terakhir berlakon bersama menerusi telefilem Anugerah Dendam Yang Terindah pada 2013.
Dekatnya Cinta dikeluarkan pada 13 Mei 2021 di Astro First. Syafiqah Jalal dari Astro Gempak berpendapat filem ini memiliki jalan cerita yang "lebih konflik" dan watak yang "lebih matang".[7]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar