Dalam Setiap Sujud ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Sultan Abdul Razak dengan idea asal dan skrip oleh Mufid Suhaimi, yang diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Jogjakarta, Indonesia.[1] Dibintangi oleh Nur, Azlee dan Foo, drama ini bersiaran di Slot Ratu inter dari 8 Januari 2013 hingga 25 Februari 2013 menggantikan Terlanjur Cinta. Pada tahun 2014, drama ini diulang siar di Slot Samarinda TV3.[2][3]
Sinopsis
Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.
Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi). Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza Ul Haq).
Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya. Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah?
Pelakon
Pelakon utama
Pelakon pembantu
Pelakon kanak-kanak
- Laurentia Anindita sebagai Tila
Rujukan