Colombia Raya (Bahasa Sepanyol: Gran Colombia) adalah sebuah persekutuan yang diasaskan pada tahun 1819 yang terdiri daripada negara dan wilayah moden Panama, Colombia, Venezuela dan Ecuador. Persekutuan ini wujud sehingga tahun 1831. Simon Bolivar telah dilantik menjadi presiden pertama persekutuan ini.