Cicak-Man (juga disebut Cicakman) ialah sebuah francais media Malaysia yang berkisarkan kepada siri filem adiwira terbitan KRU Studios. Francais ini juga termasuk novel, komik, permainan muda alih dan siri animasi TV.
Filem pertamanya dikeluarkan pada 2006, yang memulakan tetralogi asal filem yang berkisarkan tentang adiwira eponim.[1][2] Berdasarkan kutipan menggalakkan untuk filem pertama, kesinambungannya telah diterbitkan pada 2008, diikuti dengan filem terakhirnya yang diterbitkan pada 2015. Hanya filem pertama dalam francais ini yang berjaya secara komersial berbanding dengan sambutan terhadap dua filem berikutnya.
Saiful Apek, Fasha Sandha, Yusry Abdul Halim, Aznil Nawawi, AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie merupakan barisan pelakon tetap untuk dua filem pertama. Untuk filem ketiga, Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz menggantikan barisan pelakon asal dua filem terdahulu. Kesemua tiga filem dalam francais ini mendapat ulasan positif dan bercampur-campur. Filem utamanya dikenali sebagai Trilogi Cicakman. Runut bunyinya juga dikeluarkan untuk kesemua tiga filem dalam francais ini.
Berlatarkan bandar raya Metrofulus, ia berkisarkan tentang Hairi yang bekerja di Klon Technologies, telah mencari vaksin baharu untuk penyakit baharu. Dia terlalu malu untuk mendekati Tania (setiausaha Profesor Klon), gadis yang dicintainya dan cukup janggal untuk menelan cicak-cicak yang jatuh dalam secawan kopinya. Cicak itu telah dicemari oleh virus baru dan Hairi akan mendapat beberapa ciri "cicak.
Mengisahkan tentang kekecohan di Metrofulus apabila bandar itu dilanda pencemaran air yang teruk, yang dikatakan berpunca daripada sistem kawalan air mentah yang dicipta oleh Profesor Klon. Kemunculan Rrama telah menimbulkan masalah apabila dia bertindak menghapuskan semua musuh Profesor Klon termasuk Cicak-Man. Pada masa yang sama, Ginger Ghosts pula kembali untuk membalas dendam terhadap Cicak-Man atas kematian mereka.
Man, seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak yang mana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro.
Televisyen
Siri TV dibatalkan
Berikutan kejayaan Cicak-Man, KRU bercadang untuk menerbitkan siri drama adaptasi filem ini pada tahun 2007,[3] dengan 13 episod diterbitkan.[4] Bagaimanapun, projek itu dibatalkan kerana KRU memutuskan untuk memberi perhatian kepada trilogi filem Cicak-Man.
Pelakon dan kru
Barisan pelakon
Penunjuk senarai
Italik menunjukkan peralihan kepada peranan kecil, seperti imbasan lanjutan, selepas penampilan awal.
Sel kelabu gelap menunjukkan tiada watak dalam filem itu.
Filem ini telah dirakamkan menggunakan Dolby TrueHD, dan kira-kira 40% daripada filem itu telah dirakamkan di Skrin Hijau. Pasukan kesan visual yang diketuai oleh pengarah, Yusry, menggunakan teknologi CGI untuk merealisasikan sepenuhnya bandar fiksyen Bandar Metrofulus (yang berdasarkan Kuala Lumpur), pergerakan protagonis adiwira dan pelbagai set digital. Lebih 90% daripada rotoskop dan penggubahan kerja telah dijalankan oleh KRU Films (kini KRU Studios), yang juga di sebalik skor muzik dan kesan audio.[5]
Penerbitan Cicakman 2: Planet Hitam
Penggambaran yang dijalankan di Pulau Pinang, Gua Tempurung, Kampar, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Kuala Lumpur menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 2.5 juta. Kostum yang digunakan dalam kesinambungan ini disifakan lebih baik dan lebih tinggi dalam kualiti daripada prekuel serta kos harga RM 50 ribu setiap set manakala di prekuel pakaian yang kos hanya RM 20 ribu setiap set digunakan.[6]
Penerbitan Cicakman 3
Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur dan Johor dengan koss penerbitan sebanyak RM 4 juta.[7] Peningkatan kos Ialah kebanyakannya akibat kos pakaian untuk Cicakman dan SuperBro, setiap berjumlah RM 100 ribu setiap satu.[8]
Cicak-Man mencipta sejarah filem Malaysia dengan berjaya meraih kutipan RM350,000 dengan jumlah kehadiran penonton 47.116 pada hari pertama. [11] Filem ini akhirnya memberikan syarikat penberbitan, KRU Group of Companies, rangsangan RM6.7 juta disebabkan oleh jualan. Cicak-Man menerima banyak penghargaan dari pelbagai individu di atas usaha pengarah itu sebelum ia dilkeluarkan. Salah seorang daripada mereka ialah Dato' Yusof Haslam atau "Six Million Dollar Man".[12]David Teo sebagai penerbit filem dan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group merujuk Cicak Man sebagai satu keajaiban dengan sambutan dan perbezaan yang ditunjukkan dalam industri perfileman Malaysia. Selain daripada pembikin filem, bekas presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim, memuji karya beliau dicipta oleh Yusry dan KRU. [13] Walaupun terdapat orang-orang yang memuji Cicak Man, terdapat ramai lagi yang mengkritik filem ini sangat. Mansor Putih dalam satu temu bual dengan Harian Metro berkata bahawa filem itu tidak mempunyai 'jiwa', nilai-nilai estetika dan budaya. Terdapat individu yang membandingkan antara Cicak Man dan Spider-Man, Batman, Superman, dan filem-filem superhero lain dari Hollywood, tetapi sebelum ia dikeluarkan kepada orang ramai, pengarah, Yusry telah menasihatkan orang ramai untuk tidak membandingkan Cicak Man dengan watak-watak superhero lain kerana bajet adalah jelas lebih rendah berbanding dengan produksi Hollywood. Cicakman 2 - Planet Hitam pertama kali dikeluarkan pada Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-13 [14] pada 5 Oktober 2008 sebagai perdana dunia untuk wira-wira dalam segmen Asia. Dua sesi telah diadakan pada 7 Oktober di festival itu. Di Malaysia, Singapura dan Brunei, filem itu telah dikeluarkan pada 11 Disember 2008 dengan matlamat oleh penerbit berjuta tiket dijual berbanding 670,000 tiket dijual untuk Cicakman. Filem ini dijangka akan dikeluarkan di Indonesia pada Januari 2009.
Sebuah novel adaptasi filem ini ditulis oleh penulis skrip Cicak-Man, Meor Shariman dan diterbitkan oleh KRU Publications. Ia dijangka akan diterbitkan sebelum filem Cicak-Man ditayangkan. Walau bagaimanapun, filem Cicak-Man telah ditayangkan dahulu sebelum novelnya diterbitkan. Terdapat beberapa kelainan antara cerita dalam novel dengan filem ini.[18]
Komik Cicakman diterbitkan oleh KRU Publications dan dikeluarkan secara bulanan pada Jun 2008. Terdapat juga beberapa kelainan antara cerita dalam komik dengan filem ini.[19]
Permainan mudah alih
Bagi mempromosikan Cicak-Man, penyedia hiburan mudah alih Ozura, anak syarikat milik Nextnation Communication telah melancarkan permainan mudah alih senama dalam kerjasama media bersepadu dengan KRU dan DiGi Telecommunications. Ia dilancarkan pada Januari 2007.[20][21]