Chelsea Olivia merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik. Datuknya sebelah bapanya berketurunan Norway, beliau juga berketurunan Cina dan Melayu di sebelah bapanya. Pelakon yang berdarah kacukan Cina dan Amerika Syarikat, Melayu, Sumatera Selatan, Minahasa, Sulawesi Utara ini juga seorang bekas pelajar di sebuah sekolah tinggi di Jakarta.
Kerjaya
Chelsea Olivia pertama kali menceburi ke dunia model dan sempat menghasilkan sebuah album untuk kanak-kanak. Sebelum ini, ia sempat mendapatkan peranan tamu dalam sinetron Tuyul & Mbak Yul pada tahun 2000. Setelah menyertai Indika Intertainment, dia mendapatkan peranan dalam Sinetron Matahariku. Mulai dikenali umum sejak membintangi sinetron Cincin. Setelah itu tawaran berlakon sinetron dan iklan mencurah kepadanya. Namanya semakin naik setelah membintangi Sinetron Buku Harian Nayla.
Sinetron Buku Harian Nayla mempertemukannya dengan Glenn Alinskie yang juga pelakon baru yang kini menjadi kekasihnya. Glenn Alinskie dan Chelsea Olivia dikhabarkan secara rasmi kekasih dalam satu hari sebelum ulang tahun Chelsea Olivia yang ke 15 pada 28 Julai 2007, setelah sebelumnya menjalin hubungan dengan Ricky Harun. [1]