Datuk Ceasar Mandela Malakun ialah seorang ahli politik bagi negeri Sabah, Malaysia. Beliau merupakan ahli rasmi bagi Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) dan merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Moyog yang dilantik sejak Mac 2023.[1]
Beliau juga merupakan ahli Skuad GAHMUDA dan ahli kelab penyokong Pemuda GAGASAN.[2]
Kehidupan awal
Ceasar Mandela Malakun berasal dari Kampung Limbanak, Penampang, Sabah. Beliau merupakan anak kepada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog Datuk Seri Panglima Dr. Clarence Bongkos Malakun dan Datin Seri Panglima Slyvia Wong Malakun.[3][4]
Ceasar telah melanjutkan pengajian di Universiti Queen Mary, London pada tahun 2007 hingga 2010, di mana beliau telah mengambil jurusan dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang. Setelah beliau menyelesaikan ijazah sarjana muda, beliau melanjutkan pengajian sarjana undang-undang di City University, London dari 2011 hingga 2012. Beliau juga sempat melanjutkan pengajian dalam diploma undang-undang di universiti sama dari 2010 hingga 2011[5][6].
Penglibatan politik
Ceasar Mandela Malakun melibatkan diri dalam dunia politik sejak 2016,[7] di mana beliau telah menyertai Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua UPKO Bahagian Limbanak, Ahli Jawatankuasa UPKO Bahagian Penampang.[8] dan Pengerusi Biro Bencana Alam UPKO Penampang[9]
Namun begitu, beliau telah meninggalkan UPKO pada 2019 lalu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor sebagai pengerusi PPBM Sabah. Dengan ini, Ceasar menyertai Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Sabah.
Ceasar Mandela Malakun menjadi Timbalan Ketua ARMADA Sabah dari 6 April 2019 hingga 25 Ogos 2020.[10][11] dan Ketua ARMADA Bahagian Penampang.[12][13] Beliau juga merupakan Ketua Penaja ARMADA Bahagian Penampang, dan menerima surat watikah perlantikan rasmi bagi jawatan ini pada 26 Mei 2019.[14]
Pada pemilihan ARMADA peringkat nasional,[15] Ceasar telah memenangi jawatan Naib Ketua ARMADA Nasional[16] dan lantikan Naib Ketua Biro Politik ARMADA Nasional[17] bagi sesi 2020 hingga 2023. Beliau juga merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[18][19].
Pada tahun 2023, beliau telah meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menambah sokongan terhadap parti tempatan di Sabah iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah, sebuah parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Pada 11 Mac 2023, beliau rasmi dilantik sebagai ketua bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah untuk kawasan Moyog. Beliau menjadi salah satu ketua bahagian parti berkenaan yang termuda mewakili sesebuah kawasan dalam negeri.[20]
Kerjaya korporat
Ceasar Mandela Malakun merupakan Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)[21] dan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Kumpulan Sabanilam Enterprise Sdn. Bhd[22].
Pilihan raya
Pada pilihan raya umum Malaysia ke-14, Ceasar telah dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi parlimen Penampang, dan beliau merupakan calon termuda dari negeri Sabah dengan usia 27 tahun.[23] Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional, dan mewakili UPKO.[24]
Keputusan pilihan raya
Penglibatan persatuan
Ceasar Mandela Malakun aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan, terutamanya dalam Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), dengan jawatan disandangnya termasuk penasihat majlis belia,[27] setiausaha penganjur[28] dan pengerusi majlis belia KDCA.[29]
Anugerah
Rujukan