Carles Puigdemont i Casamajó (lahir pada 29 Disember 1962) adalah seorang ahli politik nasionalisme Catalonia dan juga seorang wartawan. Merupakan mantan Datuk Bandar Girona di Sepanyol utara, Puigdemont berkhidmat sebagai Presiden bagi Generalitat de Catalunya dari Januari 2016 hingga Oktober 2017 selepas dipecat dari oleh kerajaan Sepanyol kerana pengakuan dan melancarkan kempen pro kemerdekaan wilayah Catalonia. Beliau adalah ketua Parti Demokratik Eropah Catalonia (PDeCAT) dan pemimpin Pakatan Bersama untuk Catalonia (JuntsxCat).