ORCID (2023), Gabungan Pemeliharaan Digital, Linux Foundation, Konsortium Jaringan Sejagat, Global Open Science Hardware, arXiv (2021), DataCite, Open Access Scholarly Publishers Association, Coalition for Advancing Research Assessment, European Open Science Cloud Association, UNESCO Global Open Science Partnership, Eiroforum
Organisasi Eropah untuk Penyelidikan Nuklear (Perancis: Organisation Européenne pour la Recherche Nucléairecode: fr is deprecated , bahasa Inggeris: European Organization for Nuclear Researchcode: en is deprecated ), dikenali sebagai CERN, disebut /ˈsɝːn/ (IPA: [sɛʀn] dalam bahasa Perancis), merupakan makmalfizik zarah yang terbesar di dunia, terletak di kawasan barat-laut pinggiran Geneva di sempadan Perancis-Switzerland, yang diasaskan pada tahun 1954.[1] Pertubuhan ini mempunyai dua puluh negara ahli, dan pada masakini ia merupakan tempat kerja untuk 2600 pekerja sepenuh masa, ditambah lagi dengan 7931 ahli sains dan jurutera (yang mewakili 500 universiti dan 80 warganegara).
Funsi utama CERN ialah untuk menyediakan pemecut zarah dan infrastruktur lain yang diperlukan untuk penyelidikan fizik tenaga-tinggi.
Sejarah
Persidangan menubuhkan CERN ditandatangani pada 29 September1954 oleh 12 negara di Eropah Barat.a[›][1]
Perkembangan telekomunikasi
Sistem World Wide Web (WWW) dimulai sebagai projek CERN yang bernama ENQUIRE oleh Tim Berners-Lee pada tahun 1989 dan Robert Cailliau pada tahun 1990.[2] Berdasarkan konsep hiperteks, projek ini bertujuan untuk memberikan platform perkongsian informasi sesama penyelidik. Laman web pertama mula aktif pada tahun 1991. Pada 30 April 1993, CERN mengumumkan bahwa WWW akan menjadi bebas terhadap setiap orang.[3] CERN juga memiliki sebuah sistem komputer besar bagi tujuan komputasi grid. Fungsinya ialah pemprosesan data dalam jumlah besar daripaada projek projek utama CERN saat ini seperti Pelanggar Hadron Besar.
Ahli
Pada asalnya, CERN terdiri daripada 12 buah negara anggota. Kini, ahli-ahli CERN adalah seperti yang berikut: