C/2022 E3 (ZTF) ialah komet jangka panjang dari awan Oort yang ditemui oleh tinjauan ilmu falak Zwicky Transient Facility pada 2 Mac 2022.[1] Komet tersebut mempunyai cahaya hijau terang di sekeliling nukleusnya, yang disebabkan oleh kesan cahaya matahari pada molekulnya terutamanya karbon diatomik dan sianogen.[5]
Designasi sistematik komet tersebut bermula dengan "C" bagi menandakan yang ia bukanlah komet berkala dan "2022 E3" bermaksud ia merupakan komet ketiga ditemukan pada separuh pertama Mac 2022.[6]
Komet itu mencecah perihelionnya pada 12 Januari 2023 dengan jarak 1.11 AU (166 juta km; 103 juta bt) dan pendekatan terhampirnya dengan Bumi adalah pada 1 Februari 2023 dengan jarak 0.28 AU (42 juta km; 26 juta bt). C/2022 E3 (ZTF) mencecah magnitud 5 dan boleh dengan mata kasar di bawah langit gelap tanpa bulan.[7][8][9][10]
Sab. 11 Februari 2023 (Switzerland Tengah) : Komet C/2022 E3 (ZTF) di bawah Marikh @ 200mm - dengan banyak Nebula gelap
Rujukan
^ abBolin, B.; dll. (21 Mac 2022). "MPEC 2022-F13 : COMET C/2022 E3 (ZTF)". Minor Planet Electronic Circular (dalam bahasa Inggeris). Minor Planet Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2022. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
^ abcHorizons output. "Barycentric Osculating Orbital Elements for Comet C/2022 E3 (ZTF)" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2022. (Penyelesaian menggunakan baripusat Sistem Suria (Matahari+Musytari). Pilih Ephemeris Type:Elements and Center:@0) Epok 1950 mempunyai PR= 1.887E+07 / 365.25 = 51700 years