Komet Hyakutake (百武彗星, Hyakutake suisei, gelaran formal: C/1995 Y1) adalah sebuah komet bertempoh panjang yang ditemui pada Disember 1995. Merupakan komet yang berbeza dengan komet C/1996 B2 (turut dikenali sebagai Komet Kedua Hyakutake) yang ditemui pada Januari 1996, komet ini juga dikenali sebagai Komet Pertama Hyakutake (百武第一彗星).[a] Penemuan kedua-dua komet tersebut dilakukan oleh ahli falak amatur dari Jepun, Yuji Hyakutake.[2][3]
Lihat juga
Catatan
- ^ Penggunaan "Pertama" dan "Kedua" adalah tidak rasmi. Penamaan yang betul untuk membezakan komet adalah berdasarkan pada kod komet.
Rujukan
Pautan luar