Brigitte Marie-Claude Macron (Sebutan bahasa Perancis: [bri.ʒit ma.ʁi klod ma.kʁɔ᷉]; nama belakang yang diberi semasa lahir Trogneux, disebut: [tʁɔ.ɲø], sebelum ini memiliki nama belakang Auzière, Sebutan bahasa Perancis: [o.zjɛːʁ]; lahir 13 April 1953) ialah isteri Emmanuel Macron, Presiden Perancis yang berkhidmat sejak Mei 2017.[1] Pada 2015, bagi menyokong kerjaya politik suaminya, beliau berhenti dari pekerjaannya sebagai guru sastera di Lycée Saint-Louis de Gonzague di Paris.[2]
Kehidupan awal
Brigitte Macron dilahirkan sebagai Brigitte Marie-Claude Trogneux di Amiens, Perancis. Ibu bapanya ialah Simone (née Pujol; 1910–1998) dan Jean Trogneux (1909–1994), pemilik Chocolaterie Trogneux generasi kelima[3] yang sebelum ini ditubuhkan pada 1872 di Amiens.[4] Brigitte ialah anak bongsu dari enam bersaudara.[5]
Kerjaya
Brigitte Auzière pernah menjadi guru sastera di Collège Lucie-Berger di Strasbourg pada tahun 1980-an.[6] Pada tahun 1990-an, beliau mengajar bahasa Perancis dan Latin di Lycée la Providence yang merupakan sekolah Yesuit di Amiens. Di sekolah itulah beliau bertemu Macron untuk pertama kalinya.[7] Macron mengikuti pelajaran sastera yang disampaikan oleh Brigitte, dan Brigitte juga menjadi penanggungjawab kelas teater yang diikuti Macron.[8] Kisah cinta mereka tidak menjadi kebiasaan Brigitte 24 tahun dan 8 bulan lebih tua daripada Macron.[9]
Politik
Brigitte Auzière pernah mencuba nasib menjadi calon anggota dewan bandar Truchtersheim pada 1989, namun gagal.[6]
Rujukan
|
---|
Umum | |
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Lain-lain | |
---|