Brassica oleracea

Brassica oleracea
Brassica oleracea liar
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
B. oleracea
Nama binomial
Brassica oleracea

Brassica oleracea adalah spesies tumbuhan dari genus Brassica keluarga Brassicaceae yang bertaburan asal di kawasan berbatu kapur pesisiran barat dan selatan benua Eropah.[1] Tumbuhan ini merupakan induk pelbagai kultivar sayur yang wujud hasil pembiakbakaan terpilih untuk mendapatkan ciri tertentu diinginkan manusia; sayur-sayur ini termasuk kubis, kubis bunga, kubis kerinting, brokoli, kubis (atau sayur) Brussel sampailah ke kailan.[2][3]

Jenis baka dihasilkan

Kultivar Gambar Nama sayur Tempoh kemunculan Ciri yang dibiakpilih
Kubis liar Brassica oleracea var. oleracea - (Bentuk asal)
Kubis kerinting Brassica oleracea var. sabellica Sekitar abad ke-5 SM[4] Daun yang lebih lebar.[4]
Kubis Brassica oleracea var. capitata f. alba Abad pertama Masihi Gumpalan padat daun pada mata tunas hujung dari spesies kubis kerinting tertentu[3]
Kailan Brassica oleracea var. alboglabra
Kubis brussel Brassica oleracea var. gemmifera Abad ke-18 Tunas kuntum bunga
Kohlrabi Brassica oleracea var. gongylodes Abad pertama Masihi Batang yang membengkak[3]
Brokoli Brassica oleracea var. italica Abad ke-6 SM[5] Jambak bunga,[3] dibezakan jelas pada abad ke-16[5][6][7][8]
Kubis bunga Brassica oleracea var. botrytis
Brokoli Rumi Brassica oleracea var. botrytis
Brokolini Brassica oleracea var. italica × alboglabra kacukan sayur brokoli dan kailan

Rujukan

  1. ^ Snogerup, Sven; Gustafsson, Mats; Bothmer, Roland Von (Januari 1990). "Brassica sect. Brassica (Brassicaceae) I. Taxonomy and Variation". Willdenowia. 19 (2): 271–365. JSTOR 3996645.
  2. ^ Osnas, Jeanne L. D. (5 November 2012). "The extraordinary diversity of Brassica oleracea". The Botanist in the Kitchen. Dicapai pada 7 April 2016.
  3. ^ a b c d Stromberg, Joseph (10 Februari 2015). "Kale, Brussels sprouts, cauliflower, and cabbage are all varieties of a single magical plant species". Vox. Dicapai pada 16 September 2021.
  4. ^ a b "Vegetables - University of Saskatchewan". agbio.usask.ca. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2016. Dicapai pada 7 April 2016.
  5. ^ a b Maggioni, Lorenzo; von Bothmer, Roland; Poulsen, Gert; Branca, Ferdinando (Jun 2010). "Origin and Domestication of Cole Crops (Brassica oleracea L.): Linguistic and Literary Considerations1". Economic Botany (dalam bahasa Inggeris). 64 (2): 109–123. doi:10.1007/s12231-010-9115-2. ISSN 1874-9364. S2CID 2771884.
  6. ^ Stansell, Zachary; Hyma, Katie; Fresnedo-Ramírez, Jonathan; Sun, Qi; Mitchell, Sharon; Björkman, Thomas; Hua, Jian (Julai 2018). "Genotyping-by-sequencing of Brassica oleracea vegetables reveals unique phylogenetic patterns, population structure and domestication footprints". Horticulture Research (dalam bahasa Inggeris). 5 (1): 38. doi:10.1038/s41438-018-0040-3. ISSN 2052-7276. PMC 6026498. PMID 29977574. S2CID 49552482.
  7. ^ Maggioni, Lorenzo (June 2015). "Domestication of Brassica oleracea L." pub.epsilon.slu.se (dalam bahasa Sweden). Dicapai pada 2020-11-29.
  8. ^ Stansell, Zachary; Björkman, Thomas (2020-10-01). "From landrace to modern hybrid broccoli: the genomic and morphological domestication syndrome within a diverse B. oleracea collection". Horticulture Research (dalam bahasa Inggeris). 7 (1): 159. doi:10.1038/s41438-020-00375-0. ISSN 2052-7276. PMC 7528014. PMID 33082966.