Pengambaran telah dilakukan di London pada September 2017 dengan Singer sebagai pengarah. Namun begitu, Singer telah dipecat pada Disember 2017 kerana menghilangkan diri selain berselisihan faham dengan pelakon dan krew. Fletcher telah dilantik untuk menyelesaikan kerja sebagai pengarah. Pengambaran berakhir pada Januari 2018. Filem ini dijadualkan untuk tayangan di United Kingdom pada 24 Oktober 2018, dan 2 November 2018 di Amerika Syarikat oleh 20th Century Fox.