BioNTech SE (singkatan untuk Biopharmaceutical New Technologies) ialah sebuah syarikat bioteknologi Jerman yang berpangkalan di Mainz yang membangunkan dan menghasilkan imunoterapi aktif untuk rawatan penyakit. Syarikat itu membangunkan calon-calon ubat farmasi berdasarkan RNA pengutus (mRNA) untuk pemakaian imunoterapi kanser, vaksin melawan penyakit berjangkit dan terapi penggantian protein untuk penyakit jarang jumpa, dan juga membuat terapi sel, antibodi novel dan imunomodulator molekul kecil sebagai pilihan rawatan untuk kanser.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar