Beveren merupakan sebuah kawasan perbandaran yang terletak di Flanders Timur, Belgium.
Sejarah
Pada zaman Rom, kawasan Beveren merupakan kawasan penjuru laut yang dilanda air pasang. Serangan yang dilakukan oleh puak Norman pada abad ke-9 membuatkan Flanders dan orang suruhan perlu mempertahankan wilayah ini. Wilayah ini kemudian ditakluk oleh Louis I dari Flanders pada 1334. Beveren menjadi pusat politik tertua di wilayah Waasland dan bahagian barat laut Flanders.
Pada 1570, banjir besar telah melanda kampung ini. Disebabkan bandar ini merupakan bandar strategik, jadi ia digunakan untuk menjadi kubu pertahanan Antwerp dan pihak berkuasa tempatan memutuskan untuk menghapuskan segala empangan yang tinggal. Lima tahun kemudian, bahagian kanan wilayah ini telah dijual.
Beveren menerima impak besar dari Banjir Laut Utara 1953 yang menyebabkan kerosakan pada beribu rumah penduduk. Pada 1960an dan 1970an, peluasan pelabuhan Antwerp diluaskan ke wilayah Kallo. Perkampungan Doel dikurangkan dari 900 penduduk kepada 250 akibat peluasan pelabuhan tersebut.