* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 Mac 2020 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 Mac 2011
Benjamin Lecomte (lahir 26 April 1991) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Ligue 1, Monaco.[1]
Kerjaya kelab
Lorient
Pada 26 Oktober 2010, Lecomte melakukan penampilan sulungnya untuk Lorient dalam aksi Coupe de la Ligue menentang Monaco yang menyaksikan Lorient tewas 5-3 menerusi penentuan penalti. [2] Pada 20 Januari 2011, Lecomte menandatangani kontrak pertamanya bersama Lorient selama tiga tahun.[3]
Montpellier
Pada 29 Jun 2017, Lecomte berpindah ke kelab Ligue 1, Montpellier selepas Lorient disingkirkan ke divisyen kedua.[4]
Monaco
Pada 15 Julai 2019, Lecomte menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Monaco.[5]
Kerjaya antarabangsa
Lecomte merupakan pemain belia antarabangsa Perancis yang berkhidmat sebagai penjaga gol untuk pasukan bawah-19 dan bawah-20. Pada 3 September 2018, Lecomte telah dipanggil oleh skuad senior buat pertama kali untuk menghadapi perlawanan menentang Jerman dan Belanda selepas kapten pasukan, Hugo Lloris telah digugurkan kerana mengalami kecederaan.[6]