Bendera Saint Lucia mengandungi medan biru serulean diisi dengan segi tiga kuning di hadapan segi tiga sama kaki hitam bertepi putih.[1] Diguna pakai pada tahun 1967 bagi menggantikan Panji Biru British dicacati dengan jata tanah jajahan, ia telah menjadi bendera Saint Lucia sejak negara berkenaan menjadi Negara BersekutuUnited Kingdom pada tahun itu. Walaupun reka bentuk keseluruhan bendera itu kekal tidak berubah, aspek khusus bendera ini telah diubah selama bertahun-tahun.
Sejarah
Pihak Perancis telah menjajah Saint Lucia pada tahun 1635 dan kemudiannya menandatangani sebuah perjanjian dengan penduduk asli tempatan 45 tahun kemudian pada tahun 1680.[2] Walau bagaimanapun, pihak British bersaing kawalan dengan Perancis, dan pulau itu kerap bertukar pemilik antara dua kuasa itu.[3] Ini bersambung hingga tahun 1814, apabila Perjanjian Paris ditandatangani yang melihat Perancis melepaskan Saint Lucia secara kekal kepada British,[3] dan ia menjadi jajahan mahkotaUnited Kingdom dalam empayar jajahannya pada tahun yang sama.[2] Ketika zaman penjajahan pemerintahan Perancis dan British, Saint Lucia tiada bendera jajahan unik tersendiri.[4]
Pihak British akhirnya memberi Saint Lucia jata unik tersendiri pada bulan Ogos 1939. Perisai berjata terdiri daripada perisai hitam memaparkan dua kayu buluh membentuk palang, dengan dua ros Tudor melambangkan England dan dua fleur-de-lis melambangkan Perancis memenuhi empat sukuan itu. Lambang ini digunakan untuk mencacatkanPanji Biru British untuk membentuk bendera tanah jajahan itu.[4]
Pulau berkenaan menjadi sebahagian daripada Persekutuan Hindia Barat dari tahun 1958 hingga tahun 1962.[2] Walau bagaimanapun, kesatuan politik ini ternyata tidak berjaya, dan pada 1 Mac 1967 – lama tahun selepas persekutuan itu dibubarkan – Saint Lucia menjadi Negara Bersekutu.[4] Ini memberikan wilayah itu kawalan penuh atas hal ehwal dalam negeri, manakala Britain mengekalkan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri dan pertahanan pulau tersebut.[2] Bendera baharu tanah jajahan ini, yang direka oleh pelukis tempatan Saint Lucia Dunstan St Omer,[5][6] telah diguna pakai pada hari yang sama.[7] Apabila Saint Lucia menjadi negara yang merdeka pada 22 Februari 1979, reka bentuk keseluruhan bendera itu dari dua belas tahun sebelum kekal tidak berubah,[7][8] but the blue colour's shade and the triangles' sizes were modified marginally.[4] Walapun pada hakikatnya pulau itu sudah ada bendera tersendiri pada masa pulau itu menjadi negara yang berdaulat, bendera Union Jack masih diturunkan bagi kali terakhir di majlis rasmi menandakan kemerdekaan.[9]
Reka bentuk
Warna dan simbol bendera ini membawa makna budaya, politik dan wilayah. Warna biru melambangkan langit dan laut,[10] secara khusus Lautan Atlantik dan Laut Caribbean yang mengelilingi negara tersebut.[4] Hitam dan putih menyentuh hubungan harmoni antara kaum hitam dan putih. Kuning melambangkan sinar matahari,[4] serta kemakmuran.[10] Segi tiga melambangkan dua Piton,[7] iaitu kon gunung berapi berkembar yang terletak di bahagian barat daya pulau serta perpaduan;[4]Gros Piton dan Petit Piton ialah simbol kebangsaan Saint Lucia.[10]
Panji Biru British dicacatkan dengan jata tanah jajahan. Ini mengandungi perisai hitam memaparkan dua kayu buluh membentuk palang, dengan dua ros Tudor melambangkan England dan dua fleur-de-lis melambangkan Perancis memenuhi empat sukuan.
1967–1979
Bendera Saint Lucia
Medan serulean diisi dengan segi tiga kuning di hadapan mata panah hitam bertepi putih.
1979–2002
Bendera Saint Lucia
Medan biru serulean diisi dengan segi tiga kuning di hadapan mata panah hitam bertepi putih. Segi tiga kuning dibesarkan dan mata panah disempitkan.
^ abcdefgSmith, Whitney (June 26, 2014). "Flag of Saint Lucia". Encyclopædia Britannica. Encyclopædia Britannica, Inc. Dicapai pada September 26, 2014. (langganan diperlukan)
^Orr, Tamra (2008). Saint Lucia. Marshall Cavendish. m/s. 96.