Banjir lumpur atau aliran lumpur adalah satu runtuhan yang melibatkan "aliran pantas atau limpahan mendadak"[1] serpihan yang sebahagian atau sepenuhnya menjadi cair akibat penambahan sejumlah besar air pada bahan sumber.[2]
Banjir lumpur mengandungi sebahagian besar tanah liat, yang menjadikannya lebih cair berbanding aliran puing; dengan itu, ia mampu bergerak lebih jauh dan merentasi sudut cerun lebih rendah. Kedua-dua jenis biasanya merupakan campuran pelbagai jenis bahan yang saiz berbeza, yang biasanya diisih mengikut saiz ketika pemendapan.[3]
Aliran lumpur sering kali digelar banjir lumpur, satu istilah yang diterapkan sewenang-wenangnya oleh media massa bagi pelbagai peristiwa runtuhan. [4]Banjir lumpur sering bermula sebagai gelunsuran, menjadi aliran ketika air terperangkap di sepanjang laluan aliran; Peristiwa sedemikian sering disebut aliran runtuhan.[5]
Hungr, Oldirch; Evans, S. G.; Bovis, M. J.; Hutchinson, J. N. (August 2001), "A review of the classification of landslides of the flow type", Environmental & Engineering Geoscience, 7 (3): 221–238, doi:10.2113/gseegeosci.7.3.221.
Hungr, Oldrich; Leroueil, Serge; Picarelli, Luciano (4 January 2013), The Varnes classification of landslide types, an update. Draft of Hungr, Leroueil & Picarelli 2014, with page numbers.