Bani Amir atau Bani Amir bin Sa'sa'ah (Arab: بنو عامر بن صعصعةcode: ar is deprecated ) merupakan sebuah suku Arab yang besar dan tua yang berasal dari wilayah tengah dan barat laut Semenanjung Arab. Bani ini menguasai wilayah Nejd buat berkurun-kurun lamanya selepas kedatangan Islam.
Kendatipun Bani Amir terlibat dalam peperangan yang berpanjangan dengan Quraisy sebelum kedatangan Islam, suku ini ditandai dengan kelewatan memberi baiat kepada Nabi MuhammadSAW dan khalifah-khalifah baginda. Bani Amir mengambil bahagian dalam Perang Riddah berikutan kewafatan Nabi Muhammad, dan berpihak kepada pihak Murtad menentang Muslim.