Baki ialah guru kepada Gaara, Kankuro dan Temari. Semasa Ujian Chunin berlangsung, Baki mempunyai kepercayaan penuh terhadap kebolehan anak-anak muridnya. Tetapi, dia menegur sikap Kankuro yang suka memandang enteng terhadap pihak lawannya dalam pertarungan. Dia juga sentiasa berasa bimbang akan kestabilan mental Gaara dan keupayaannya mengawal Shukaku. Baki telah membunuh Gekko Hayate yang mencuri dengar rancangan sulit Sunagakure untuk menghancurkan Konoha. Baki mengetuai ninja dari Sunagakure dan Otogakure dalam pertarungan dengan ninja Konoha di stadium dan mempunyai pertarungan yang belum selesai dengan Genma.
Dalam Bahagian Kedua, Baki menjadi ahli dalam lembaga penasihat. Apabila Kankuro diracuni oleh Sasori, Baki berasa bimbang akan keadaan Kankuro.