Bahasa Tajik (Tajik: забо́ни тоҷикӣ́, zaboni tojikī, [zaˈbɔni tɔdʒiˈki]),[1] juga Parsi Tajik (Tajik: форси́и тоҷикӣ́, forsii tojikī, [fɔrˈsiji tɔdʒiˈki]) dan 'Tadzhiki' , ialah variasi bahasa Parsi yang dituturkan di Tajikistan dan Uzbekistan oleh orang Tajik. Bahasa ini berkait rapat dengan Dari di negara jiran lalu membentuk lanjutan dari jenis bahasa Parsi yang saling difahami. Sejak abad ke-20, Tajik telah dianggap oleh sebilangan penulis dan penyelidik sebagai variasi bahasa Parsi.[2][3][4] Populariti konsep sebegini berlaku dalam tempoh tatkala para intelektual Tajik berusaha mengelaskan Tajik sebagai bahasa yang terpisah daripada bahasa Parsi; Sadriddin Ayni, seorang intelektual dan pendidik terkemuka, membuat pernyataan bahawa Tajik bukanlah "dialek buangan" Parsi.[5] Isu sama ada Tajik dan Parsi patut dikelaskan sebagai dua dialek bagi satu bahasa atau dua bahasa terpisah mempunyai pertalian hal politik.[5]
Rujukan
Pautan luar
|
Wikibuku mempunyai sebuah buku berkenaan topik: Bahasa Tajik |