Bahasa Maninka (Maninkakan, N'Ko: ߡߊߣߌ߲ߞߊߞߊ߲), Bahasa Malinke atau Bahasa Maninka Timur ialah bahasa dituturkan orang Mandinka yang menduduki kawasan Guinea Hulu merangkumi Guinea, Mali, Liberia, Senegal, Sierra Leone dan Côte d'Ivoire sebanyak 3,300,000 juta orang. Ia serumpun dengan bahasa Bambara dalam cabangan Manding Mande keluarga Niger-Congo.
Ia pernah menjadi bahasa rasmi dipakai dalam kalangan kerabat dan pegawai diraja dalam Empayar Mali.