Aurangzeb ialah filem thriller aksi India 2013 yang ditulis dan diarahkan oleh Atul Sabharwal. Filem ini dibintangi oleh Prithviraj Sukumaran, Rishi Kapoor, Amrita Singh, Arjun Kapoor dalam peranan utama, bersama Jackie Shroff, Sashaa Agha, Swara Bhaskar dalam peranan penting, manakala Sikander Kher dan Kavi Shastri memainkan watak-watak pembantu. Filem ini diterbitkan dan diedarkan oleh Aditya Chopra di bawah studio Yash Raj Films. Treler teater telah diumumkan pada 3 April 2013, dan filem itu dikeluarkan pada 17 Mei 2013.[1] Filem ini menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan penonton, ia berjaya diterima dengan baik di luar negara dan kejayaan pecah panggung yang sederhana. [2]
Pelakon
- Prithviraj Sukumaran sebagai ACP Arya Phogat
- Jackie Shroff sebagai Yashvardhan Singh
- Arjun Kapoor sebagai Ajay dan Vishal Singh (Peranan Dwi)
- Rishi Kapoor sebagai DCP Ravikanth Phogat
- Sashaa Agha sebagai Ritu
- Swara Bhaskar sebagai Suman Phogat
- Deepti Naval sebagai Ramaa Phogat
- Tanvi Azmi sebagai Veera Singh / Phogat
- Sikandar Kher sebagai Inspektor Dev Phogat
- Amrita Singh sebagai Neena Wadhwa
- Pramod Kumar
- Sumeet Vyas sebagai Wisnu
- Rasika Dugal sebagai Trishala (Chhoti)
- Kavi Shastri sebagai Inder Wadhwa / Singh
- Anupam Kher sebagai Inspektor Vijaykant Phogat
- Jagat Rawat sebagai Bilal
Ulasan kritis
Sambutan pengkritik dan penonton ialah positif. Meena Iyer dari The Times of India memberikan filem bintang 3.5 / 5.[3] Sukanya Verma Rediff.com memberikan bintang 3/5 filem itu, berkata persembahan Prithviraj Sukumaran, Rishi Kapoor dan Arjun Kapoor ialah perkara terbaik mengenai Aurangzeb.[4]
Pecah panggung
Pada hari pembukaan filem itu membuat koleksi ₹ 3.8 crore. Selepas tayangan, ia mengumpul ₹ 22.74 crore sepanjang hayatnya dan diisytiharkan sebagai "Purata".
Rujukan
Pautan luar