Anugerah Sócrates merupakan anugerah bola sepak persatuan yang disampaikan kepada kerja kemanusiaan terbaik oleh pemain bola sepak di seluruh dunia semasa majlis bersama dengan Ballon d'Or. Anugerah itu disampaikan oleh France Football dan dinamakan sempena mendiang pemain bola sepak Brazil, Sócrates.[1][2]Sadio Mané merupakan pemenang pertama anugerah itu pada 2022,[3] manakala Vinícius Júnior merupakan pemenang seterusnya iaitu pada tahun 2023.[4]