Andai Tiada Dia

Andai Tiada Dia ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Riza Baharudin dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid dan Mimi Lana. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 21 Oktober 2024 menggantikan Uncle Bos Mama.

Andai Tiada Dia
GenreMelodrama
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Andai Tiada Dia karya Rissa Ahdiya
PengarahRiza Baharudin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Nur Cinta" — Amir Masdi
Lagu penutup"Nur Cinta" — Amir Masdi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod36
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato Zaiton Muhd Jiwa
Penerbit
  • Zetty Alia Ramly
  • Zetty Adila Ramly
Tempoh siaran43 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Oktober 2024
Kronologi
MengikutiUncle Bos Mama

Sinopsis

Sudah 7 tahun usia perkahwinan antara Suri (Ummi Nazeera) dan Haikal (Hisyam Hamid) namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kehadiran Luqman dalam hubungan Suri dan Haikal telah mewujudkan rasa tidak senang kepada Haikal. Haikal terasa dirinya disisihkan.

Sebaliknya Haikal mempunyai hubungan istimewa dengan Intan (Mimi Lana), adik Suri yang ketika itu menumpang dirumahnya. Kecurangan Haikal terbongkar dan Suri sanggup melepaskan Haikal demi Intan.

Setelah bercerai, Suri disahkan mengandung. Haikal yang mendapat tahu hal itu ingin memujuk semula Suri. Pada masa itu, munculnya Falah yang sentiasa wujud bila Suri dalam kesusahan.

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu