Alice Wu dilahirkan di San Jose, California[1] kepada ibu bapa yang merupakan pendatang dari Taiwan.[5] Keluarganya akhirnya berpindah ke Los Altos, California, di mana tamat belajar dari Sekolah Tinggi Los Altos pada usia 16 tahun. Beliau memperoleh ijazah BS dalam Sains Komputer dari Universiti Stanford pada tahun 1990, dan ijazah sarjana dalam Sains Komputer dari Stanford pada tahun 1992. Sebelum menjadi pembikin filem, Wu bekerja sebagai jurutera perisian untuk Microsoft di Seattle.
Kerjaya
Semasa bekerja di Microsoft, Wu mula menulis novel. Merasakan cerita itu akan lebih baik dijadikan sebagai filem, beliau mendaftar untuk kelas penulisan skrip selama 12 minggu di Universiti Washington di mana beliaumenulis skrip untuk filem pertamanya. Wu kemudian meninggalkan dunia korporat dan akhirnya berpindah ke New York City untuk meneruskan kerjaya pembikinan filem sepenuh masa.[5]
Rujukan
^ abPettis, Ruth M. (2006). "Wu, Alice"(PDF). glbtq.com. Dicapai pada 23 March 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "glbtq" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza