Aleksei Ivanovich Bugayev (Алексе́й Ива́нович Буга́ев; 25 Ogos 1981 - 29 Disember 2024) ialah pemain bola sepak profesional Rusia yang bermain sebagai pemain pertahanan. Bugayev berkhidmat untuk negaranya pada UEFA Euro 2004.
Kerjaya antarabangsa
Bugayev memulakan penampilannya untuk pasukan kebangsan Rusia pada 2004, bermain 90 minit dalam perlawan pertumjukan dengan Austria yang berakhir seri.[1] Kemudian dia ditunjuk sebagai skuad semasa negaranya untuk UEFA Euro 2004. Rusia ditewaskan Sepanyol dengan mata 0–1, Bugayev bermain pada perlawanan selepasnya menentang Portugal yang berakhir ditewaskan 2–0.[2] Rusia membuat perlawanan yang fantastiko dengan menang 2–1 ke atas Greece, pemenang UEFA Euro di tahun itu.[3] Bugayev kembali tampil dalam Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006, bermain 90 minit dalam kemenangan 4–0 ke atas Luxembourg[4] dan Estonia[5] Pada perlawanan menentang Portugal, skuadnya dipaksa longlai dengan mata 1–7.[6] Penampilan terakhir Bugayev untuk Rusia ialah semasa bersemuka dengan Itali dalam perlawanan pertunjukan 2005.[7] Dia bersara pada 2010.
Kehidupan peribadi dan kematian
Pada 28 Oktober 2023, Bugayev ditangkap oleh polis di bandar Krasnodar kerana menceroboh dadah seberat 495 gram jenis mephedrone.[8] Pada 24 September 2024, Bugayev mengaku bersalah dan dihukum 9.5 tahun penjara.[9] Dia boleh dibebaskan dari hukuman dengan syarat harus menyertai tentera Rusia untuk penyerangan ke atas Ukraine.[10]
Tiga bulan selepasnya pada 29 Disember 2024, Bugayev dibunuh oleh seorang serdadu Ukraine.[11][10][10]
Rujukan