Aleksandar Đurić (Sirilik Serbia: Александар Ђурић; lahir 12 Ogos 1970) merupakan pemain bola sepak professional Singapura berketurunan Serbia. Dia merupakan pemain-jurulatih untuk kelab Liga S., Tampines Rovers dan merupakan ahli pasukan kebangsaan Singapura. Dia dikenali sebagai seorang penyerang prolifik dengan fizikal yang kuat.
Đurić merupakan juara kayak junior Yugoslavia ketika dia berumur 15 tahun dan berada di ranking ke-8 dunia ketika berumur 17 tahun. Dia mewakili Bosnia dan Herzegovina dalam acara kanu C-1 di Sukan Olimpik Musim Panas 1992.[9] Selepas Olimpik, dia kembali ke Hungary untuk menyambung karier bola sepaknya. Pada tahun 1999, dia menyertai Tanjong Pagar United dalam Liga S.
Di peringkat antarabangsa, dia membuat penampilan sulung untuk Singapura ketika berumur 37 tahun pada tahun 2007. Dia bersara daripada bola sepak antarabangsa pada bulan Disember 2012 dengan 24 gol dalam 53 perlawanan.
Kejayaan
Kelab
- Home United
- Geylang United
- Singapore Armed Forces
- Liga S: 2006, 2007, 2008, 2009
- Piala Singapura: 2007, 2008
- Perisai Amal: 2008 [10]
- Tampines Rovers
- Liga S: 2011, 2012, 2013
- Perisai Amal: 2011, 2012, 2013, 2014 [11][12][13]
Antarabangsa
Singapura
Individu
- Liga S
- Anugerah Pilihan Orang: 2007
- Pemain Tahunan: 2007, 2008, 2012
- Penjaring Terbanyak: 2007, 2008, 2009, 2013
Rujukan
Persondata
|
Nama
|
Duric, Aleksandar
|
Nama alternatif
|
|
Pemerihalan ringkas
|
Pemain bola sepak
|
Tarikh kelahiran
|
12 Ogos 1970
|
Tempat kelahiran
|
Doboj, Yugoslavia
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|