Alberto Gonzales ialah Peguam Negara Amerika Syarikat . Beliau telah meletak jawatan Peguam Negara pada 28 Ogos 2007 kerana menerima banyak kritikan dari parti pembangkang.
Biodata
Alberto Gonzales dilahirkan pada 4 Ogos 1955 di San Antonio, Texas. Beliau merupakan pakar undang-undang Amerika Syarikat dan menjadi Peguam Negara ke-80 Amerika Syarikat.
Pada Februari 2005, Alberto Gonzales telah dilantik sebagai Peguam Negara oleh Presiden Goerge W. Bush . Semasa George Bush menjadi Gabenor Texas, Alberto Gonzales telah dilantik sebagai peguam am. Kemudian menjadi Setiausaha Kerajaan Texas dan seterusnya bertugas di Mahkamah Agung Texas. Dari 2001-2005 Alberto Gonzales bertugas sebagai Kounsel Rumah Putih.
Letak jawatan
Pada 27 Ogos 2007 Alberto mengumumkan meletakkan jawatan dan berkuatkuasa mulai 17 September 2007.
Beliau dikatakan sekutu kuat Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush. Beliau mengundang kontroversi kerana memecat beberapa pendakwa raya persekutuan pada 2006 yang disifatkan ada motif politik. Perletakan jawatan itu telah dimaklumkan kepada George Bush melalui telefon. Jawatan itu akan diisi oleh peguam yang lain.
Alberto Gonzales telah berkhidmat dengan George Bush sejak Bush menjadi Gabenor Texas sekitar tahun 1999 dan menjadi peguam di White House ketika Bush mula menjadi Presiden. Beliau menjadi Peguam Negara pertama berketurunan Hispanik pada Februari 2005. Semasa beliau berkuasa, Akta Patriot telah digubal dan dikuatkuasakan. Di bawah Akta Patriot, sesiapa boleh ditahan tanpa bicara.
Perintah eksekutif 13233 dikeluarkan oleh George Bush pada 1 November 2001 selepas Peristiwa 9/11. Perintah ini telah menghadkan kebebasan dalam Akta Kebebasan Maklumat .
Pada 2002, Artikel III telah digubal. Alberto Gonzales telah membenarkan tahanan tanpa bicara dalam memerangi pejuang Al Qaeda dan Taliban yang ditangkap di negara Afghanistan dan ditahan di beberapa tempat, termasuk di Kem Sinar-X di Teluk Guantanamo, Cuba.