Albert II (lahir 6 Jun 1934) adalah raja berperlembagaan bagi negara Belgium. Beliau merupakan salah seorang kerabat diraja Belgium yang dahulunya dikenali sebagai Saxe-Coburg-Gotha. Baginda merupakan anak lelaki kedua kepada King Leopold III (1901–1983) dengan isteri pertamanya, Puteri Astrid dari Sweden (1905–1935). Baginda menaiki tahta pada 1993, selepas kematian abangnya, Baudouin. Keluarga baptis beliau adalah Putera Felix dari Luxembourg dan neneknya, Ratu Elisabeth dari Belgium.[1] Albert II juga adalah sepupu Raja Harald V dari Norway, Puteri Astrid dari Norway, dan Puteri Ragnhild dari Norway. Grand Duke Luxembourg, Henri ialah anak saudaranya.
Pada 3 Julai 2013, Raja Albert II mengumumkan bahawa baginda akan turun takhta pada 21 Julai, disebabkan masalah kesihatan. Baginda akan diwarisi puteranya, Putera Philippe dari Belgium. Baginda menjadi raja Eropah ketiga turun takhta pada 2013, mengikuti Paus Benedict XVI dan Ratu Beatrix dari Belanda.[2] Beliau juga menjadi raja Belgium yang kedua turun takhta, mengikuti bapanya Raja Leopold III, yang turun takhta pada 1951.
Kehidupan awal
Albert ialah putera kedua Leopold III (1901–1983) dan isteri pertamanya, Astrid dari Sweden (1905–1935). Baginda menaiki takhta pada 1993, selepas kemangkatan kekandanya, Raja Baudouin, yang tidak meninggalkan waris sah.
Keturunan
Keturunan Albert II dari Belgium
|
|
Rujukan
Pautan luar