Templat:Infobox United States federal proposed legislation
Akta Dasar Hak Asasi Manusia Uyghur (bahasa Inggeris: Uyghur Human Rights Policy Act of 2019) ialah satu rang undang-undang di Kongres Amerika Syarikat yang akan memerlukan pelbagai badan kerajaan Amerika Syarikat melaporkan perlakuan terhadap bangsa Uyghur di Xinjiang, China, termasuk penahanan di kem pendidikan semula Xinjiang.[1][2]
Pada 11 September 2019, satu versi rang undang-undang tersebut diluluskan di Senat Amerika Syarikat dengan persetujuan sebulat suara.[3][4][5] Pada 3 Disember 2019, satu versi rang undang-undang yang lebih kuat telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dengan undian 407 lawan 1.[2] Setakat Disember 3, 2019[kemas kini], rang undang-undang semakan kini menunggu kelulusan oleh Senat Amerika Syarikat.[2][4]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar