DatukAkmar Hisham Bin Mohd Yusof @ Mokhles (lahir pada 1972) ialah setiausaha akhbar kepada Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang daripada Ahli Lembaga Penasihat Institut Wasatiyyah Malaysia sebuah badan yang mempromosikan kesederhanaan dalam Islam.[1] Datuk Akmar Hisham juga sering terlibat dengan aktiviti sukarela, kemasyarakatan dan amal bakti.[2]
Kehidupan peribadi
Datuk Akmar Hisham dilahirkan di Parit, Perak, Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Hazrina Binti Abdul Rahman. Pasangan tersebut dikurniakan seorang anak iaitu Aisyah Nabilah binti Akmar Hisham.
Pendidikan
Sebagai anak jati Parit, Perak, Datuk Akmar Hisham bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar Shah dan Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit, Perak. Semasa bersekolah, Datuk Akmar cemerlang di dalam pendidikan dan aktiviti ko-kurikulum serta pernah mewakili negeri Perak ke Sukan Malaysia (SUKMA) 1992 dalam acara silat olahraga.
Selepas tamat bersekolah dan memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pentadbiran Sosial). Ketika di Universiti Malaya beliau aktif sebagai pemimpin mahasiswa dan pernah memegang jawatan sebagai Presiden Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya 1994/1995 dan Timbalan Presiden 1 Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 1995/1996.
Kerjaya
Sebelum menjadi Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Akmar Hisham merupakan setiausaha akhbar kepada Menteri Pertahanan (Mei 2004-September 2008) dan Menteri Kewangan (September 2008-September 2009). Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan di Utusan Melayu (M) Berhad dari September 1997 hingga Mei 2004 dan Akademi Penulis dari 1996 hingga 1997.
Aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Sukan Lasak
Datuk Akmar Hisham aktif di dalam aktiviti komuniti, belia dan projek kebajikan. Beliau merupakan Timbalan Presiden Kelab Sahabat Bina Negara, Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Penaung Persatuan Generasi Bestari Selangor dan Penasihat kepada Projek Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1 Malaysia.
Selain itu beliau juga merupakan Penasihat Kelab Kartunis Malaysia, Penasihat Ekspedisi Felda Everest 2013, Penasihat Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014.[3]
Beliau turut menjadi Penasihat Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 dan yang terbaru sebagai Penasihat Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017.
Darjah kebesaran
Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) membawa gelaran Datuk. (2010)[4]
Pingat Kedaulatan Negara (PKN). (2013)
Penerbitan
2015; Buku ; 'Demi Rakyat Sarawak' penulis
2014: Buku ; 'Demi Negara' penulis.
2013: Buku :"Najib Razak: Meniti Jalan Damai" penulis
2012: Buku : “Berkongsi Denyut Nadi Rakyat” penulis
2011: Buku :“Menyelami Denyut Nadi Rakyat” penulis
2010: Komik : “Transformasi Najib” and “Najib Transformation” penulis
2010: Buku : “Najib: Beginning of A Legacy”. Commemorating One Year As Prime Minister of Malaysia. Editor
2009: Buku : “Najib Tun Razak Pewaris Kepimpinan, Pemacu Perubahan” penulis dan editor.
2009: Buku : “Inheriting A Legacy, Fast Tracking Change” editor.
2007: Buku :“Sehati Sejiwa Najib Tun Razak” penulis dan koordinator.
2006: Buku :”Petronas Silk Road Adventure 2001: Istanbul-Putrajaya Experience The Expedition” published by Petronas Motorsports photographer
2002:Majalah : Kolumnis untuk Majalah Massa diterbitkan oleh Utusan Melayu (M) Bhd
Expedisi
Nov 2015 : Ekspedisi ke Antartika 2015
April 2014 : Ekspedisi KE7B Greenland Felda 2014
Mac 2014 : Mendaki Gunung Cosciousco, Australia.
Mei 2013 : Projek Everest Felda 2013
Mac 2013 : Mendaki Gunung Kinabalu
October 2012 : Ranjini Mountain Expedition, Indonesia.
September 2012 : 1Malaysia English Channel Mission.[5][6]
Julai 2011 : A Step To The Earth's Roof (Everest Base Camp and Kalapatar Mountain,Nepal)
November 2010 : Cosciousco Mountain Australia
April 2004 : Army Chellenge 2004
Julai 2001 : Petronas Silk Road Adventure 2001, Istanbul- Putrajaya
May 2001 : Elephant Mud Hole 2: 4X4 Challenge 2001