Akademi Binaan Malaysia [1] (Jawi: اكاديمي بينأن مليسيا secara rasmi disingkat sebagai ABM) ialah anak syarikat CIDB Holdings di bawah seliaan CIDB Malaysia. Akademi Binaan Malaysia dipertanggungjawab menyediakan latihan kemahiran dan pengurusan berkaitan pembinaan, menguju, dan menilai kemahiran serta mengakreditasi pekerja mahir industri pembinaan.
Akademi Binaan Malaysia [2], menawarkan kursus yang menjurus kepada latihan kemahiran berkaitan pembinaan meliputi program latihan kompetensi kemahiran belia lepasan sekolah dan personel binaan, program akreditasi kemahiran CIDB dan latihan suai khas.
Kampus ABM كمڤوس
Cawangan Kampus ABM
|
Alamat Kampus ABM
|
Saiz Kampus
|
Kapasiti Pelatih
|
Akademi Binaan Wilayah Tengah
|
Jalan Chan Sow Lin 55200 Kuala Lumpur
|
10 Ekar
|
300 Pelatih
|
Akademi Binaan Wilayah Selatan
|
Lot 2067, Batu 3, Jalan Tampoi 81200 Johor Bahru Johor Darul Takzim
|
200 Ekar
|
300 Pelatih
|
Akademi Binaan Wilayah Timur
|
Jenagor, 21700 Kuala Berang Terengganu Darul Iman
|
118 Ekar
|
800 Pelatih
|
Akademi Binaan Wilayah Utara
|
Lot 2991 &2992, Jalan Sintok – Padang Sanai 06010 Sintok Kedah Darul Aman
|
60 Ekar
|
700 Pelatih
|
Akademi Binaan Sarawak
|
Tingkat 1, Blok C, Kompleks CIDB Jalan Sultan Tengah 93050 Kuching Sarawak
|
60 Ekar
|
1,000 Pelatih
|
Akademi Binaan Sabah
|
0.6 km Jalan Kayu Madang 4, Kampung Kayu Madang, Telipok, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
|
5.01 Ekar
|
236 Pelatih
|
Visi dan Misi واوسن دان ميسي
Visi: Untuk mengukuhkan pengaturan keinstitusian untuk kerjasama yang mendapat pengiktirafan global.
Misi: Untuk mengukuhkan struktur institusi dan akan menghasilkan peningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan pembangunan sumber manusia bagi industri pembinaan negara.
Matlamat ABM متلامت
- Melahirkan lebih ramai personel binaan mahir dan separuh mahir tempatan.
- Menyediakan peluang kepada pekerja binaan mempertingkatkan tahap kemahiran.
- Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, peka keselamatan, mementingkan kualiti dan cekap.
- Menyokong industri pembinaan, memupuk daya saing selari dengan teknologi yang semakin maju.
- Membangun dan merintis laluan untuk mengeksport pekerja mahir tempatan ke luar negara.
- Menyediakan kursus yang lebih terancang dengan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi.
Sejarah Penubuhan ABM سجاره ڤنوبوهن
Tahun
|
Kampus ABM
|
2001
|
ABM Wilayah Utara
ABM Wilayah Sarawak
|
1997 (Ogos)
|
ABM Wilayah Selatan
ABM Wilayah Timur
ABM Wilayah Sabah
|
1997 (Januari)
|
ABM Wilayah Tengah
|
Rujukan رجوكن
Pautan Luar ڤاوتن لوار