Air Terjun Chamang

Air Terjun Chamang
Jambatan gantung pejalan kaki yang merentasi sungai di hilir Air Terjun Chamang.

Air Terjun Chamang terletak di penghujung Jalan Chamang LP 136 dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi dalam daerah Bentong, Pahang. Papan tanda menunjukkan jarak dari Jalan Tras yang terletak dalam laluan Lebuhraya Gua Musang LP 8 menuju ke air terjun ini ialah sekitar 8km. Ia terletak 9 km dari bandar Bentong melalui Jalan Bentong-Raub. Terletak di Kompartmen 22, 31 & 33 Hutan Simpan Bukit Tinggi.[1]

Ke hilir air terjun terdapat jambatan gantung pejalan kaki yang merentasi sungai untuk ke seberang.

Pemandangan panorama di hilir Air Terjun Chamang.

Galeri

Rujukan

  1. ^ "Taman Eko Rimba Chamang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-08-12.