Air merupakan sebuah judul novel visual Jepun yang dibangunkan oleh Key, sebuah jenama VisualArts.[1] Permainan ini dikeluarkan pada 8 September 2000 di pasaran Windows sebagai permainan video khusus dewasa.[2][3] Permainan ini kemudiannya dikeluarkan untuk pasaran konsol seperti Dreamcast,[4][5]Playstation 2,[6]Playstation Vita,[7] dan Nintendo Switch tanpa kandungan dewasa.[8][9] Permainan ini mengisahkan Kunisaki Yukito, penghibur jalanan yang mencari "seorang gadis dilangit jauh". Dia tiba di sebuah pekan yang tenang di pesisir laut di mana dia bersua dengan tiga orang perempuan, salah satunya adalah kunci kepada penghujung kembaranya.
Tatapermainan di dalam judul ini adalah menurut "garis plot bercabang" yang memberikan pemain senario pra-tetap dengan ruangan interaksi, dan memfokuskan tarikan pemain kepada tiga karakter perempuan utama. Permainan ini dibahagikan kepada tiga segmen - Dream, Summer dan Air, yang masing-masing mewakili fasa penceritaan yang berbeza. Nama permainan ini mencerminkan gambaran utama langit dan udara. dan memaparkan penggunaan elemen sayap sepanjang permainan. Permainan ini pernah mencatatkan rekod sebagai permainan komputer tertinggi terjual di Jepun pada tahun keluarannya, dan masih kekal di tempat 50 terbaik kebangsaan sebanyak beberapa kali. Air telah terjual sebanyak 300,000 unit di pelbagai platform
Menuruti keluaran permainan ini, Air telah dialih pasarkan ke media lain. Manga oleh Yukimaru Katsura telah bersiri dalam Comptiq karya Kadokawa Shoten, dan kemudiannya diterbitkan dalam dua jilid. Antologi komik dan koleksi seni turut diterbitkan, begitu juga drama audio dan beberapa album muzik. Kyoto Animation menghasilkan siri televisyen anime 13 episod dan tambahan siri mini anime dua episod pada tahun 2005, dan Toei Animation menghasilkan filem anime pada tahun 2005. Adaptasi anime dilesenkan oleh Funimation yang mengeluarkannya di pasaran Amerika Utara.[10][11]
Nota
^Hanya keluaran asal dan keluaran 2005 Window serta keluaran 2013 Android.
^"Air 初回限定版" [Air limited edition] (dalam bahasa Jepun). VisualArt's. Diarkibkan daripada yang asal pada December 15, 2018. Dicapai pada December 19, 2014.