Ahli psikologi adalah orang yang mengkaji keadaan dan tingkah laku mental, persepsi, kognitif, emosi, dan sosial yang normal dan tidak normal dengan bereksperimentasi dan memerhati, mentafsir serta merakam cara individu berhubung antara satu sama lain dan persekitarannya.[1]
Untuk menjadi ahli psikologi, seseorang itu pada kelazimannya harus menyelesaikan pengajian peringkat ijazah dalam bidang psikologi. Akan tetapi, setiap bidang pengkhususan mungkin mempunyai kursus pengajian yang berbeza dan aktiviti yang dilakukan mungkin serupa dengan yang dilakukan oleh profesional lain.[2]
Rujukan
^U.S. Department of Labor, Bureau of Labor Statistics, Occupational Outlook Handbook: Psychologists