Agensi Meteorologi Jepun (気象庁code: ja is deprecated , Kishōchō) (bahasa Inggeris:Japan Meteorological Agency, JMA) ialah perkhidmatan kaji cuaca bagi kerajaan Jepun. JMA merupakan sebahagian daripada Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan yang separa autonomi. JMA bertanggungjawab dalam mengumpul dan melaporkan maklumat dan ramalan cuaca serta pemerhatian dan amaran gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi di Jepun.[1]
JMA berpangkalan di Chiyoda, Tokyo dengan enam buah pejabat pentadbiran tempatan. Manakala maklumat dikumpul dengan empat buah Balai Cerap Laut, lima buah kemudahan sokongan, empat buah Pusat Perkhidmatan Cuaca Penerbangan dan 47 buah Pusat Pencerapan Kaji Cuaca Tempatan yang dilengkapi dengan satelit cuaca dan pusat kajian.[1]
Selain itu, JMA juga diberi tanggungjawab sebagai satu Pusat Meteorologi Khusus Serantau yang memantau aktiviti siklon tropika di bahagian barat Lautan Pasifik dan memberi amaran dan nasihat di kawasan tersebut.
Untuk mengukur keamatan seismik, JMA telah menempatkan 627 titik pencerapan di seluruh negara Jepun.[2] Pejabat Earthquake Phenomena Observation System yang berkhidmat sepanjang hari menjejak dan melaporkan aktiviti gempa bumi di keseluruhan negara.[3]
Agensi ini juga menjadi wakil dalam Jawatankuasa Penyelaras Ramalan Gempa Bumi Jepun.[4]