A Monster Calls ialah filem drama fantasi 2016 arahan J. A. Bayona dan diterbitkan oleh Belén Atienza, Mitch Horwits dan Jonathan King. Skrip filem ini ditulis oleh Patrick Ness berdasarkan novel berjudul sama karya Patrick Ness. Filem ini dibintangi oleh Lewis MacDougall, Sigourney Weaver, Felicity Jones, Toby Kebbell, Liam Neeson dan James Melville.
Filem ini ditayangkan secara perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada 10 September 2016[5] dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 23 Disember 2016 secara terhad dan 6 Januari 2017 secara meluas.[6] Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem.
Plot
Penyakit yang dideritai oleh seorang ibu (Felicity Jones), sikap yang tidak bersimpati dari seorang nenek (Sigourney Weaver) serta gangguan tanpa henti dari Harry (James Melville) dan teman-teman sekelasnya di sekolah, membuat Conor O'Malley (Lewis MacDougall) dihantui oleh mimpi ngeri. Pada satu malam, Conor bertemu dengan raksasa (Liam Neeson) menyerupai pohon, yang datang untuk menceritakan beberapa kisah dongeng dan segera membantu Conor memperbaiki kehidupan bahagianya.
A Monster Calls menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Berdasarkan Rotten Tomatoes, filem ini memiliki penarafan 87%, berdasarkan 245 ulasan, dengan penarafan rata-rata 7,6/10.[7] Berdasarkan Metacritic, filem ini mendapat skor 76 dari 100, berdasarkan 40 kritikan, menunjukkan "ulasan yang baik".[8]
Pecah panggung
Filem ini meraih kutipan kasar $3.740.823 di Amerika Utara dan $43.568.490 di negara lain. Jumlah pendapatan yang dihasilkan oleh filem ini mencapai $47.309.313, melebihi anggaran penerbitan filem $43 juta.[3]
Pada pembukaan hujung minggu terhad, filem ini meraih $30.909, menempati kedudukan ke-40 di pecah panggung. Namun, pada pembukaan hujung minggu secara luas, filem ini meraih $2.080.051, menempati kedudukan ke-12 di pecah panggung.[3]