McDonnell Douglas AV-8B Harrier II merupakan keluarga generasi kedua pesawat jetV/STOLpelbagai peranan pada akhir kurun ke-20. Firma British Aerospace bergabung kembali ke dalam projek ini pada awal 1980-an, dan telah diuruskan oleh Boeing/BAE Systems sejak tahun 1990-an.
Dibangunkan berdasarkan pesawat Hawker Siddeley Harrier, pesawat ini berperanan utama sebagai pesawat serangan ringan atau pelbagai peranan, kebiasaannya dioperasikan daripada kapal pengangkut pesawat kecil dan kapal penyerang amfibia. Pelbagai versi pesawat ini digunakan oleh negara-negara NATO, termasuk United Kingdom, Sepanyol, Itali, dan Amerika Syarikat.
Pesawat ini dikenali sebagai AV-8B Harrier II dalam perkhidmatan Kor Marin Amerika Syarikat dan Harrier GR7/GR9 dalam perkhidmatan British. Walaupun ia berkongsi angka penandaan yang sama dengan pesawat AV-8A/C Harrier yang terdahulu, AV-8B Harrier II secara ekstensif telah dibangunkan semula oleh McDonnell Douglas. Pesawat AV-8A adalah merupakan pesawat Hawker Siddeley Harrier GR.1A generasi awal yang dibekalkan kepada Kor Marin A.S. Model-model pesawat ini sering kali dipanggil sebagai "Harrier Jump Jet".
Sejarah operasi
Kor Marin Amerika Syarikat
Tentera Laut Itali
Tentera Laut Sepanyol
Pengguna antarabangsa pertama, Sepanyol mula memesan 12 buah pesawat AV-8S Matador pada bulan Mac 1983.[3] diberi designasi sebagai VA-2 Matador II oleh Tentera Laut Sepanyol (Armada Española), versi ini dikenali sebaai EAV-8B oleh McDonnell Douglas.[4] Latihan untuk juruterbang dilakukan di Amerika Syarikat. Pada 6 Oktober 1987, 3 buah pesawat pertama Matador II telah diserahkan di Stesen Tentera Laut Rota.[4] Pesawat baru ini dicat dengan 2 tona skema warna kelabu, sama dengan pesawat milik Tentera Laut A.S. Penghantaran terakhir dilakukan pada tahun 1988.[4]
Ujian juruterbang oleh pihak BAe di atas kapal pengangkut pesawat Príncipe de Asturias diluluskan untuk operasi pada bulan Julai 1989. Kapal ini yang mengantikan Dédalo pada era Perang Dunia II, mempunyai cerun lompatan ski sebanyak 12°.[3][4] Mengikut rancangan asal, unit pertama yang akan menggunakan pesawat ini adalah 8a Escuadrilla. Unit ini kemudian dibubarkan pada 24 Oktober 1986, setelah pesawat AV-8S Matador dijual kepada Thailand.[4] Sebaliknya, 9a Escuadrilla ditubuhkan pada 29 September 1987, bagi menjadi sebahagian daripada Kumpulan Udara Pembawa Alpha dan menggunakan pesawat EAV-8B.[4]
Pada Mac 1993, di bawah perjanjian persefahaman tiga pihak di antara Amerika Syarikat, Itali, dan Sepanyol pada September 1990, 8 buah pesawat EAV-8B Plus Matador telah dipesan, bersama-sama dengan pesawat latihan dua tempat duduk TAV-8B.[3][4] Penghantaran pesawat ini mula dilakukan pada tahun 1996.[3] Pada 11 Mei 2000, Boeing dan NAVAIR memuktamadkan sebuah kontrak untuk mengeluarkan semula pesawat EAV-8B Sepannyol kepada standard Plus. Boeing mengatakan bahawa perjanjian ini perlu untuk mengeluar semula dua buah pesawat EAV-8B, dengan pilihan untuk tambahan 7 buah pesawat;[5] sumber-sumber lain mengatakan jumlah kesemua pesawat adalah 11 buah.[3] Pengeluaran semula ini membolehkan pesawat ini membawa 4 buah peluru berpandu AIM-120 AMRAAM, meningkatkan kepekaan situassi juruterbang dengan pemasangan radar dan avionik baru, serta menukar kepada enjin baru.[3][5] Akhirnya, 5 buah pesawat telah diubah suai, dengan unit terakhir diserahkan pada 5 Disember 2003.[6]
Pesawat EAV-8B Sepanyol juga menyertai operasi menguatkuasa Zon Larangan Terbang di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu di Bosnia dan Herzegovina].[3] Sepanyol tidak menghantar kapal pengangkut pesawatnya untuk menyertai Perang Iraq pada tahun 2003, sebaliknya mengaturgerak pesawat F/A-18 dan pesawat lain ke Turki bagi mempertahankan negara ini dari sebarang potensi serangan Iraq.[7] Bermula pada 2007, Sepanyol mula mencari penganti bagi pesawat Harrier II dengan pilihan terdekat adalah F-35B.[8][9] Walaubagaimanapun, pada bulan Mei 2014 kerajaan Sepanyol telah mengumumkan ia memutuskan untuk memanjangkan hayat khidmat pesawat ini hingga selepas tahun 2025 di sebabkan kekangan dana untuk membeli pesawat gantian.[10]
Berikutan pelucutan tauliah kapal pengangkut Príncipe de Asturias pada Februari 2013,[11] satu-satunya platform bagi pesawat Harrier Sepanyol boleh beroperasi adalah dari kapal serangan amfibia Juan Carlos.[12]
Meriam: 1× 25 mm meriam GAU-12U "Equalizer" (pod kiri) dan 300 butir peluru (pod kanan) (konfigurasi A.S/Sepanyol/Itali)
Titik beban: 7 dengan 13,200 lb muatan persenjataan (STOVL), termasuk bom jatuhan bebas, bom rangkaian, kanister napalm, bom panduan laser, AGM-65 Maverick atau AGM-84 Harpoon, pod mensasar LITENING, sehingga 4x AIM-9 Sidewinder atau peluru berpandu inframerah yang sama saiz. Radar yang dipasang pada versi AV-8B+ boleh membawa sehingga 4x AIM-120 AMRAAM. Program tingkat upaya yang sedang dilakukan ke atas kerangka pesawat kini dengan perkakasan dan perisian persenjataan pintar berasaskan bus-1760 contohnya JDAM) muatan,
^Ing, David (28 May 2014). "Spain to extend AV-8B Harrier service life". Jane's Defence Weekly. Surrey, UK: Jane's Information Group. 51 (27). ISSN0265-3818.
^"Landing Ships and Helicopter Docks: New Designs for Multiple Duties". Armada International. Bangkok, Thailand: Media Transasi. 1 August 2013. ISSN0252-9793. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-25. Dicapai pada 25 December 2013. With the retirement of the 17,700-tonne Principe de Asturias carrier on February 2013, the Buque de Proyección Estratégica (BPE) or strategic projection ship Juan Carlos I will be Spain’s sole aircraft carrier.