Bentuk ke dalam manga digambar oleh Motoki Yoshihara telah mendapat penerbitan siri dalam majalah manga seinenSquare Enix,Young Gangan dari Februari 2018 hingga Jun 2021, dengan dua siri manga cerita ranting, 86: Operation High School oleh Suzume Somemiya dan 86: Fragmental Neoteny yang sedang bersiri dalam majalah manga seinen Media Factory Monthly Comic Alive dari Jun 2020 hingga Ogos 2021 dan dari April 2021 hingga Oktober 2022, masing-masing. Siri televisyen anime yang diterbitkan oleh A-1 Pictures, disiarkan dari bulan April 2021 sehingga Mac 2022.
Ikhtisar
Republik San Magnolia telah berperang melawan Empayar Giad selama sembilan tahun lamanya. Angkatan bersenjata robot tanpa pemandu dari empayar bernama Legions telah mengugut keselamatan di dalam negara. Republik ikut membina senjata robot tanpa pemandu yang dibangunkan oleh mereka sendiri bernama Juggernauts. Pihak pentadbir meyakinkan kepada masyarakat awam bahawa robot-robot di dalam angkatan itu dikawal dari jarak jauh oleh penyelia yang disebut Handler.
Secara zahir perang di antara kedua negara digalakkan oleh robot dan enjin tempur, tetapi penunggang Juggernaut ialah etnik minoriti yang ditakrif oleh pentadbir republik sebagai "86". Sebutan bagi minoriti etnik yang bermastautin di bawah naungan selain etnik atau ras Alba yang mempunyai rambut dan iris mata berwarna perak. Awalnya etnik-etnik yang semuanya dijuluki 86 hidup bersama dengan damai, hak mereka setara dan identiti yang diakui tetapi seiras dengan keadaan yang semakin mengugut pemerintah mulai mengazamkan kepada masyarakat bahawa etnik selain Alba ialah sebab bermulanya perang yang menjejaskan kehidupan mereka yang tenang.
Etnik-etnik minoriti tidak peduli asal mereka meskipun ada darah Alba di dalam diri, tetap diiktiraf sebagai ras 86 dan mereka seperti haiwan ternak di mata pemerintah. Ras 86 diberi keazaman tidak boleh mempunyai nama, tidak bebas bepergian, dan saki-baki daripada hidup mereka harus merana di kem tahanan terbuka bernama 86th District (sempena dari nama baharu takrifan pentadbiran). Mereka dipaksa bertempur menjadi penunggang Juggernaut dan berterima kasih kepada ras Alba yang sudah membiarkan mereka hidup sampai mati di medan pertempuran.
Mejar Vladilena Milizé, sering dipanggil Lena ialah gadis bangsawan dari ras Alba dan pegawai tentera kanan di ketenteraan republik. Jikalau ada peluang, Lena akan membangkang kepada keazaman pemerintah dan semua kebohongan mengenai 86 kepada masyarakat awam. Dia berkhidmat sebagai seorang Handler, memimpin Spearhead Squadron di Eastern Front: unit khas tempur 86 yang berusia muda tetapi tidak ada yang meragukan keganasan mereka dalam pertempuran. Mata tombaknya ialah Sarjan Shinei "The Undertaker (Sang Penggali Kubur)" Nouzen, seorang keturunan keluarga diraja Giad.
Pemerintah ingin membinasakan Spearhead Squadron dengan mengkhidmatkan misi yang hampir mustahil ditamatkan oleh unit lain, tetapi Shinei dan rakan-rakannya selalu berjaya dalam pertempuran meski pada akhirnya jumlah penunggang dalam unit semakin berkurang. Handler lain telah menjadi gila kerana rasa bersalah mereka pada Spearhead Squadron dan sekarang Lena pemimpin baharu. Perlahan Shinei mulai mencintai Lena meskipun mereka belum pernah berhadapan muka dan selama ini bukan Empayar Giad yang salah dalam serangan-serangan Legion ke atas Republik San Magnolia.
Watak
Watak Utama
Shinei Nouzen (シンエイ・ノウゼンcode: ja is deprecated , Shin'ei Nōzen) / Undertaker (アンダーテイカーcode: ja is deprecated , Andāteikā)
Disuarakan oleh: Shōya Chiba,[3] Asuna Tomari (semasa kecil) (Bahasa Jepun), Billy Kametz,[4] Aleks Le[5] (eps. 22–23), Tiana Camacho[6] (semasa kecil), Alejandro Saab (hanya bagi buku audio)[7] (Bahasa Inggeris)
Shinei biasa dipanggil oleh sahabat-sahabatnya dengan nama Shin (シンcode: ja is deprecated ). Dia merupakan pemimpin Spearhead (スピアヘッドcode: ja is deprecated , Supiaheddo) Squadron, terkenal di pihak ketenteraan baik dari ras Alba maupun ras 86 atas kemampuan dan kehandalannya yang mengagumkan di medan pertempuran meskipun baru berusia 16 tahun. Dia dijuluki dengan nama cembung Penggali Kubur kerana tabiatnya menyimpan kalung yang dibuat oleh Shin dari bahagian enjin Juggernaut bawahannya yang telah maut. Shin berjanji akan menguburkan kalung-kalung mereka ke tempat yang lebih damai selepas berakhirnya peperangan menentang Legions. Shin sebenarnya ialah ahli daripada keluarga diraja Giad.
Vladilena Milizé (ヴラディレーナ・ミリーゼcode: ja is deprecated , Vuradirēna Mirīze)
Biasa dipanggil dengan nama Lena (レーナcode: ja is deprecated , Rēna). Seorang gadis pegawai kanan San Magnolia yang mendapat kelayakan menjadi mejar di usianya yang ke-16 kerana kemampuan dan keturunan bekas diraja republik. Lena memimpin bawahan dari ras 86 dengan rasa hormat dan bersimpati dengan keperitan hidup mereka, berbeza dari Handler-Handler lain. Lena ialah Handler baharu bagi unit khas Juggernaut San Magnolia bernama Spearhead Squadron.
Frederica Rosenfort (フレデリカ・ローゼンフォルトcode: ja is deprecated , Furederika Rōzenforuto)
Disuarakan oleh: Misaki Kuno[8] (Bahasa Jepun), Kimberley Anne Campbell[9] (Bahasa Inggeris)
Puteri angkat daripada Ernst, pemberontak yang telah memadam sistem beraja negara Giad dan menukar bentuk pentadbiran kepada persekutuan-demokratik yang liberal. Nama gelaran bangsawannya ialah Augusta Frederica Adel-Adler (アウグスタ・フレデリカ・アデルアドラーcode: ja is deprecated , Augusuta Furederika Aderuadorā), waris terakhir diraja Giad dan sepupu Shin. Dia mula menyertai Shin dan rakan-rakannya saat latihan tempur di Maktab Pegawai Ketenteraan. Frederica ingin menghancurkan otak kesatria peribadinya, Kiriya yang telah dicuri untuk dijadikan bio-enjin sebuah Legion Shepherd.
Ahli Spearhead Squadron
Raiden Shuga (ライデン・シュガcode: ja is deprecated , Raiden Shuga) / Wehrwolf (ヴェアヴォルフcode: ja is deprecated , Veavorufu)
Raiden ialah sahabat paling akrab Shin dan berkhidmat sebagai naib pemimpin Spearhead Squadron. Dia mempunyai bekas luka di wajahnya dan kemampuannya sebagai jurupenunggang labah-labah tempur model Juggernaut sudah dibuktikan semasa pertempuran.
Theoto Rikka (セオト・リッカcode: ja is deprecated , Seoto Rikka) / Laughing Fox (ラフィングフォックスcode: ja is deprecated , Rafingu Fokkusu)
Nama panggilannya ialah Theo (セオcode: ja is deprecated , Seo). Lakaran di Juggernautnya terinspirasi dari seorang panglima ras Alba yang telah menyelamatkan hidupnya. Sejak saat itu, Theo tidak ingin melupakan kebaikan sang panglima. Theo gemar menggambar di buku lakaran peribadinya ketika bersantai dan pernah membuat contoh sederhana perkahwinan Shin dan Lena.
Anju Emma (アンジュ・エマcode: ja is deprecated , Anju Ema) / Snow Witch (スノウウィッチcode: ja is deprecated , Sunō Witchi)
Disuarakan oleh: Saori Hayami[10] (Bahasa Jepun), Maureen Price[4] (Bahasa Inggeris)
Seorang gadis pemalu, ayahnya berasal dari ras alba sedangkan ibunya dari salah satu etnik 86. Anju sering mendapat bulian dan hinaan dari rakan-rakan ras 86 kerana darah ayahnya.
Kurena Kukumila (クレナ・ククミラcode: ja is deprecated , Kurena Kukumira) / Gunslinger (ガンスリンガーcode: ja is deprecated , Gansuringā)
Seorang gadis yang periang dan bertubuh pendek. Kedua orang tuanya dibunuh oleh prajurit Alba dan saudarinya dipaksa bertempur sehingga pada satu hari khabar darinya tidak pernah terdengar lagi. Kurena memendam rasa terhadap Shin dan cemburu kepada Lena sebab hubungan di antara mereka berdua.
Dustin Jaeger (ダスティン・イェーガーcode: ja is deprecated , Dasutin Iēgā) / Sagittarius (サギタリウスcode: ja is deprecated , Sagitarius)
Seorang Sarjan Alba dan anggota baharu Spearhead Squadron; rakan sedarjah Anju dia memutuskan menyertai unit pimpinan Shin kerana amarahnya yang membara memandang ketidakadilan yang dirasa oleh "ras 86". Jaeger sendiri bukan warganegara asli San Magnolia tetapi pendatang dari Giad, hanya kerana dia berasal dari etnik Alba dia sudah dianggap pribumi sedangkan teman-temannya ras yang dipandang hina oleh pemerintah, penduduk asli dari tempat itu. Ayahnya berkawan baik dengan Ayah Anju dan dari pertemuan itu, cintanya kepada Anju tumbuh; meskipun cintanya harus ia pendam kerana gadis yang ia sukai masih mencintai Daiya yang telah tiada saat berperang.
Republik San Magnolia
Henrietta "Annette" Penrose (アンリエッタ・ペンローズcode: ja is deprecated , Anrietta Penrōzu)
Disuarakan oleh: Riho Sugiyama[10] (Bahasa Jepun), Morgan Lauré[11] (Bahasa Inggeris). Salah satu sahabat dekat Lena di ketenteraan San Magnolia. Gadis itu bekerja sebagai Divisyen Pengkajian Sains, mengkilangkan sebuah teknologi baharu bernama "Para-RAID", yang membolehkan handler-handler bercakap dan mengetahui lima deria tentera 86. Reka awal teknologi yang dibinanya, pertama diasas oleh mendiang ayahnya. Annete ialah salah satu daripada teman semasa kecil Shin dan gadis itu merasa bersalah sebab tidak mahu menyokongnya selepas perang mulai berlaku tetapi berhelah seakan tidak peduli dengan nasib 86, perkara ini sempat membuat pertemanan Lena dan Annete memburuk.
Jérôme Karlstahl (ジェローム・カールシュタールcode: ja is deprecated , Jerōmu Kārushutāru)
Seorang Pegawai Kanan ketenteraan republik dan salah satu teman ayah Lena, walaupun ia perhatian kepada Lena sebagaimana keponakan sendiri, sifat aslinya ialah orang yang mudah pesimis dan kecewa dengan keadaan negara. Dia percaya jika republik tanah air mereka suatu saat akan hancur kerana jenayah jahat yang selama ini diperbuat kepada 86, dirinya tidak luput dari penilaian kerana membiarkan sahaja perkara rasis itu terus berlaku. Karlstahl merasa malu menyebut dirinya seorang tentera dan bertempur sampai mati menghadapi Legion yang telah mencuri otak sahabatnya.
Lev Aldrecht (レフ・アルドレヒトcode: ja is deprecated , Refu Arudorehito)
Seorang jurutera yang berkhidmat di Spearhead squadron. Aldrecht ialah seorang Alba; isteri dan puterinya berasal daripada salah satu etnik 86, untuk mendapat pengakuan dari republik ia pun menyertai volunter negara dan mewarnai rambutnya seperti warna rambut isteri dan puterinya dengan harapan agar mendapatkan semula hak azaz warganegara (perkara yang tidak akan pernah berlaku sebab Republik bersikap ingkar). Dari luar, Aldrecht tampak seperti lelaki yang acuh tetapi dia sangat peduli dengan keselamatan Shin dan sahabat-sahabatnya. Aldrect sering memarahi Shin sebab gaya bertarungnya yang tidak mementingkan hidupnya sendiri. Setiap kali pemuda itu datang ke bengkelnya, ia membawa labah-labah tempurnya dengan keadaan bahagian kaki-kaki yang rosak. Aldrect maut saat Legion menghancurkan republik dan otaknya dicuri oleh pengganas yang menyerang.
Shiden Iida (シデン・イーダcode: ja is deprecated , Shiden Īda) / Cyclops (サイクロプスcode: ja is deprecated , Saikuropusu)
Disuarakan oleh: Asuna Tomari[8] (Bahasa Jepun), Rebeka Thomas[13] (Bahasa Inggeris)
Pemimpin Brísingamen Squadron, unit 86 yang dipimpin oleh Lena selepas bersurainya Spearhead Squadron. Nama cembung Shiden ialah sempena kepada kedua mata yang berbeza warna, kerana terlahir dalam keadaan itu beberapa orang dari etnik 86 menghina dan membulinya semasa kecil di kem. Shiden tidak menyukai kehadiran Shin, tetapi kagum dengan kemampuannya dalam berperang dan menunggang labah-labah tempur.
Alice Araish (アリス・アライシュcode: ja is deprecated , Arisu Araishu)
Bekas Kapten Halberd Squadron yang berjumpa maut 5 tahun sebelum kisah utama bermula. Pada cerita prekuel, Shin menganggap dia sebagai akak yang menyertai Squadron yang sama. Araish ialah pemilik awal skarf Shin, sebab rasa kehilangan itu Shin bertekad bagi membawa saki baki daripada item rakan-rakan perangnya.
Isuka (イスカcode: ja is deprecated ) / Vulture (ヴァルチャーcode: ja is deprecated , Varuchā)
Bekas Kapten Stiletto Squadron yang berjumpa maut 5 tahun sebelum kisah utama bermula. Vulture mempunyai sikap yang tidak beradab, tetapi Shin tetap mengakuinya sebagai guru. Pistol yang selalu dibawa oleh Shin sebelumnya ialah miliknya. Ia menghibahkan pistol kepunyaannya kepada Shin selepas tubuhnya terkoyak dalam serangan lawan. Vulture menyuruh Shin untuk membunuhnya sederum menghancurkan otaknya. Kata-kata terakhirnya ialah: "Shin awak sedia selalu satu peluru untuk boleh membunuh diri".
Persekutuan Tanah Giad
Ernst Zimmerman (エルンスト・ツィマーマンcode: ja is deprecated , Erunsuto Tsimāman)
Presiden tertinggi persekutuan yang mengkudeta empayar, seorang lelaki tua idealis pembenci kerajaan yang mengasuh Frederica dan Shin bersama sahabatnya sebagaimana kanak-kanaknya.
Eugene Rantz (ユージン・ランツcode: ja is deprecated , Yūjin Rantsu)
Abang daripada Nina, dan teman pertama Shin semasa ia mendapat kewarganegaraan dari persekutuan. Eugene dibunuh oleh Shin selepas cedera fatal yang membuat tentera persekutuan lain menganggap hina etnik 86.
Nina Rantz (ニーナ・ランツcode: ja is deprecated , Nīna Rantsu)
Disuarakan oleh: Madoka Asahina (Bahasa Jepun), Abby Espiritu (Bahasa Inggeris)
Adik perempuan Eugene, ia memaafkan Shin setahun selepas peristiwa maut abangnya di pertempuran.
Grethe Wenzel (グレーテ・ヴェンツェルcode: ja is deprecated , Gurēte Ventseru)
Pemimpin Unit Nordlicht, etnik 86 yang berjaya selamat dari serangan legion ke atas Republik San Magnolia berkhidmat di bawah kepimpinannya. Dia dijuluki sebagai "wanita labah-labah" kerana sifat ketaksubannya mengguna Reginleifs; model labah-labah tempur Persekutuan baharu yang terinspirasi daripada model Juggernaut milik Republik.
Legion's Shephard
Shourei Nouzen (ショーレイ・ノウゼンcode: ja is deprecated , Shōrei Nōzen)
Abang Shin yang sempat menyelamatkan Lena dari serangan tiba-tiba Legion semasa gadis itu kecil. Shourei merasa gagal sebagai orang yang baik kerana tidak mampu melakukan apapun saat kedua orang tuanya dibunuh di depan matanya. Shourei yang hampir gila mencekik leher Shin dan mengkambing hitamkan semua masalah kepada adik lelakinya. Shourei terbunuh di tahun pertama Shin dipaksa berperang dan otaknya diguna untuk jenis mesin khas Legion bernama Shephard (penggembala). Pada misi terakhir Spearhead Squadron, Shin berjaya menghancurkan otak abangnya.
Kiriya Nouzen (キリヤ・ノウゼンcode: ja is deprecated , Kiriya Nōzen)
Kiriya ialah keturunan keluarga diraja Nouzen dan salah satu daripada kerabat kerajaan yang layak mewarisi takhta. Kiriya berkhidmat mengawasi keselamatan Puteri Frederica sebagai bahagian daripada Unit Kesatria. Pada perang yang menghancurkan kerajaan, dia berdiri sendirian selepasnya bertarung sampai mati demi melindungi Maharaja Giad. Kiriya maut dalam pertarungan itu dan otaknya dicuri oleh legion. Shin berjaya menghancurkan otaknya dibawah naungan Persekutuan Giad.
Ahli Spearhead Squadron yang telah berjumpa dengan maut semasa pertempuran
Kaie Taniya (カイエ・タニヤcode: ja is deprecated , Kaie Taniya) / Kirschblüte (キルシュブルートcode: ja is deprecated , Kirushuburūto)
Kaie ialah salah satu senior di Spearhead squadron, sifat gadis itu ialah senang jahil kepada temannya. Dia tewas dalam pertempuran selepas kaki labah-labah tempurnya tidak dapat bergerak di tanah gelongsor dan tubuhnya hancur bersama dengan kenderaannya.
Daiya Irma (ダイヤ・イルマcode: ja is deprecated , Daiya Iruma) / Black Dog (ブラックドグcode: ja is deprecated , Burraku Dogu)
Teman Anju yang memendam rasa kepada gadis itu, Daiya dikenali oleh rakan-rakannya sebagai peribadi yang pemalu dan penyayang. Shin terpaksa membunuhnya agar otak Daiya tidak dicuri untuk dikilangkan ke dalam salah satu jenis unit Legion 'Black Sheep'.
Haruto Keats (ハルト・キーツcode: ja is deprecated , Haruto Kītsu) / Falke (ファルケcode: ja is deprecated , Faruke)
Ahli skuad yang senang bergaduh dan kanji, memandang rakan perempuannya diam-diam semasa mandi. Haruto maut dalam misi terakhir Spearhead Squadron sebelum diazamkan bersurai oleh ketenteraan republik.
Kujo Niko (クジョー・ニコcode: ja is deprecated , Kujō Niko)
Disuarakan oleh: Taishi Murata[10] (Bahasa Jepun), Mark Allen, Jr.[15] (Bahasa Inggeris)
Shin membunuhnya dalam salah satu misi mereka yang pertama, selepas kakinya hancur.
Rui Kino (ルイ・キノcode: ja is deprecated ) / Fafnir (ファフニールcode: ja is deprecated , Fafunīru)
Disuarakan oleh: Shinei Ueki[10] (Bahasa Jepun), Kevin Thelwell[16] (Bahasa Inggeris)
Chise Osen (チセ・オーセンcode: ja is deprecated , Chise Ōsen) / Griffin (グリフィンcode: ja is deprecated , Gurifin)
Disuarakan oleh: Masamu Ono[10] (Bahasa Jepun), Kevin Thelwell[16] (Bahasa Inggeris)
Toma Sobi (トーマ・ソービcode: ja is deprecated , Tōma Sōbi) / Helianthus (ヘリアンサスcode: ja is deprecated , Heriansus)
^Martin, Theron (April 19, 2019). "Review: Eighty-Six, novel 1". Anime News Network. Dicapai pada March 15, 2021. This novel is probably going to be most commonly classified as a military science fiction story, but it should be considered at least as much a horror story.
^ abRalat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ANN2