Rencana ini memerlukan rujukan yang muncul di dalam penerbit pihak ketiga yang boleh dipercayai. Sumber-sumber primer atau sumber-sumber yang dihubungkan dengan perkara ini secara umumnya tidak cukup bagi sebuah rencana Wikipedia. Sila tambah petikan yang lebih sesuai bagi sumber-sumber yang boleh dipercayai. (Mei 2020)
Rencana ini mungkin mengandungi rujukan berlebihan atau yang tidak wajar kepada sumber terbitan sendiri. Sila bantu memperbaikinya dengan membuang rujukan kepada sumber yang tidak boleh dipercayai, di mana kegunaannya tidak sesuai.(Mei 2020)
Malaysia Barat RM13.90/Malaysia Timur RM15.90(2010)
Buku 30 Strategi Membina Pengaruh ditulis oleh Zamri Mohamad, dan Haeqal Zulqarnain diterbitkan pada 12-Oct-2009 dengan harga Malaysia Barat RM13.90/Malaysia Timur RM15.90(2010). Ia diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd dalam bahasa Melayu dengan nombor ISBN10 983-3603-59-9 /ISBN13 978-983-3603-59-6.[1]
Ringkasan
Sinopsis buku
30 Strategi Membina Pengaruh menawarkan teknik mencipta pengaruh dalam pelbagai dimensi kehidupan. Ia memecahkan mitos lapuk iaitu hanya segolongan kecil manusia yang mampu muncul berpengaruh dan mempengaruhi orang di sekeliling mereka.
Buku ini menjelaskan teknik bagaimana membina pengaruh dari dalam ke luar. Tip-tip yang dikongsi dalam buku ini diadun berdasarkan cerita dari pelbagai sumber meliputi temu ramah, kajian kes, pemerhatian dan rujukan daripada pakar-pakar. Buku ini menampilkan perspektif yang segar mengenai pengaruh dan bagaimana ia boleh dibina, digilap dan diserlahkan oleh setiap individu yang mahu mendaki tangga pengaruh.