Dekad 1550-an SM merupakan tahun-tahun dari 1559 SM hingga 1550 SM.
Peristiwa dan arah aliran
- Kota Mykenai, yang terletak di Peloponnesos timur laut, mula menguasai bahagian-bahagian Akhaea yang lain. Tamadun Mykenai dinamai sempenanya.
- 1557 SM - Anggaran: Memphis, ibu kota Mesir Bawah, mengambil alih daripada Avaris, ibu kota Hyksos, di Mesir sebagai kota yang terbesar di dunia. [1]
- 1556 SM - Kekrops membina atau membina semula Athens selepas banjir agung Deucalion dan keakhiran Zaman Keemasan. Baginda menjadi raja pertama antara banyak raja Athens yang riwayatnya dianggap sebagai sebahagian mitologi Yunani.
- k.k. 1552 SM - Keakhiran Zaman Pertengahan Kedua di Mesir kuno, dan permulaan Kemaharajaan Baru. Dinasti ke-18 hingga ke-20.
- 1550 SM - Ahmose I menjadi firaun Mesir, walaupun hanya merupakan raja de facto Mesir Atas, menurut Kronologi Bawah.
- k.k. 1550 SM - 1500 SM - Topeng pengebumian, dari makam-makam di Mykenai, Yunani dicipta, dan kini berada di Muzium Arkeologi Negara, Athens.
- k.k. 1550 SM - 1500 SM - Mata pisau belati daripada kubur-kubur liang di Mykenai, Yunani dicipta, dan kini berada di Muzium Arkeologi Negara, Athens.